Kesan-Kesan Malware Mulai Bertapak Pada Smartphone Anda

Kesan-Kesan Malware Mulai Bertapak Pada Smartphone Anda - Malware ialah merupakan sebuah skrip program yang diciptakan oleh para penggodam untuk memasuki smartphone atau pc korang. Bertapaknya Malware ini kedalam smartphone anda secara tidak langsung akan memberikan kesan yang buruk dan mengakibatkan kerugian yang besar boleh dicapai. Antara motif penyebaran Malware ini ialah pencurian data, mencuri file dan macam-macam aktiviti buruk lagi.

cara elakkan malware smartphone


Selain itu juga Malware ini juga boleh mengakibatkan kesan buruk pada smartphone anda seperti melembabkan sistem dalaman, mencuri gambar video yang anda rakam, dan mengakibatkan aplikasi boleh berjalan dengan sendiri. Jumlah Smartphone Yang Terkena Malware ini telah dianggarkan semakin hari semakin meningkat, kerana aktiviti penyebaranya cukup banyak dan meluas

Aktiviti penyebaran Malware ini boleh berlaku melalui Network, melalui pertukaran data dan boleh juga melalui pertukaran storage data iaitu penyimpanan data. Untuk itu adakah anda mengetahui Kesan-Kesan Malware Mulai Bertapak Pada Smartphone Anda?  Jika belum anda boleh ikuti entry kali ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Kesan Malare Pada Smartphone

1) Smartphone Anda Cepat Hang Atau Lagg
  • Pergerakkan Malware ini dapat diproses pada Background Proses Application anda. Walaupun anda tidak dapat melihatnya tetapi hakikatnya itulah. Dengan ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif performance smartphone anda seperti menyebabkan lagging dan lembab.


2) Langganan Data Anda Akan Cepat Habis.
  • Pada kebiasannya Malware banyak terjangkit daripada website-website anda pernah layari, jadi Malware-malware ini akan bekerja untuk mengarahkan semula smartphone anda ke website mereka. Dan boleh jadi juga, segala data-data dari samrtphone anda dimuat naik kepada pencipta Malware tersebut. Beberapa kes juga pernah didapati seperti penghantaran SMS secara senyap-senyap untuk membantu penyebaran malware ini semakin berleluasa dan mengakibatkan baki kredit anda berkurangan secara mendadak.
3) Ketika Membuat Panggilan Dan Kerap Terputus
  • Apabila anda membuat panggilan atau menerima panggilan anda akan mengalami kerap kali terputus. Ini disebabkan, Malware juga mampu mengganggu perhubungan jaringan yang anda gunakan.
4) Batteri Akan Cepat Habis
  • Kesan ini berkait rapat dengan kesan yang pertama tadi kita sebut, Akibat daripada aplikasi yang berjalan secara senyap pada background proses tanpa anda mengetahui. Secara tidak langsung akan memakan batteri smartphone anda.

Baca Juga >> Cara Elakkan Malware Pada Smartphone 

Demikianlah entry kami pada kali ini. Semoga kita dapat mengambil langkah berjaga-jaga seperti memasang antivirus atau sebagainya untuk mengelakkan kita menjadi mangsa bagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Anda juga boleh menyemak link yang diberikan diatas untuk Cara Elakkan Malware untuk ketahui maklumat berjaga-jaga. Sekian terima kasih.


Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
6 Julai 2015 8:36 PG delete

saya ada tanda2 ini.. aduhai

Reply
avatar