Membuat Passport Malaysia Bagi Pemohon Pertama Kali

Membuat Pasport Malaysia Bagi Pemohon Pertama Kali - Pada kali ini ExpanDroiders akan berkongsi sedikit berkenaan Cara Membuat Passport Malaysia Bagi Pemohon Pertama Kali. Passport amat penting bagi sesiapa yang ingin keluar negara. Pasport ini juga adalah dokumen penting ketika anda bercuti atau melakukan urusan pribadi diluar negara. Tanpa Pasport anda tidak boleh keluar negara.

cara buat passport malaysia


Anda boleh memohon passport Malaysia ini dijabatan Imegresen yang berdekatan dengan kawasan anda. Dan juga terdapat keperluan yang perlu anda bawa untuk proses pemohonan Passport Malaysia anda berjalan dengan lancar.

Bagi anda yang bakal pemohon passport Malaysia buat pertama kali, Kami akan memberikan info berkenaan Cara Memohon Passport Malaysia Bagi Pemohon Pertama Kali. Anda boleh semak informasinya dibawah ini.

Keperluan Untuk Memohon Passport Malaysia

1) Bawa Kad Pengenalan Anda.
  • Jangan lupa bawa kad pengenalan anda. Kerana kada pengenalan anda adalah bukti bagi anda merupakan warga negara Malaysia dan layak untuk memiliki passport. Selain itu, Sila sediakan 1 fotokopi salinan kad pengenalan anda. Mungkin salinan kad pengenalan anda diperlukan jika terdapat sebarang masalah.
2) Gambar Passport
  • 2 Keping gambar passport yang mempunyai latar belakang berwarna putih . Pastikan gambar passport anda bukan berlatarkan berwarna biru. Dalam gambar passport tersebut, anda juga dikehendaki berpakaian kemas. Bagi pemohon lelaki anda haruslah berpakaian yang mempunyai kolar dan kemas. Manakala, bagi perempuan hendaklah berpakaian formal dan bagi muslim untuk lebih manis pakai lah tudung yer.
3) Sediakan Jumlah Duit
  • Jangan lupa untuk membawa duit yang diperlukan oleh pihak Imegresen. duit itu adalah sebagai bayaran untuk tempoh sah Passport Malaysia anda. Untuk 2 Tahun sebanyak RM100 diperlukan. untuk tiga tahun sebanyak RM300 yang diperlukan.

Demikianlah Keperluan yang anda patut bawa sebelum mendaftar Passport Malaysia. Anda juga disarankan untuk datang lebih awal agar proses permohonan anda lebih lancar tanpa sebaran tangguhan ke esok hari. Permohonan passport Malaysia ini juga diproses dalam lingkungan sejam untuk menyiapkan pasport anda.

Untuk itu, berakhirlah perkongsian kita pada kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »