Perkara Yang Perlu Diambil Sebelum Memasang Custom Rom

Perkara Yang Perlu Diambil Sebelum Memasang Custom Rom - Kelebihan Root dan memasang custom rom memang tidak dapat dinafikan lagi, ianya membolehkan anda untuk mencapai kepuasan yang maksimum keatas Smartphone Android anda. Tetapi dalam masa yang sama juga jika tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya juga akan memberikan kesan yang buruk keatas smartphone anda seperti bootloop, brick, ketidak stabilan Sistem operasi dan sebagainya.

Cara memasang custom rom


Untuk mengelakkan anda daripada terkena masalah-masalah yang serius boleh terjadi ketas smartphone android anda, anda kena membaca dan mengetahui beberapa perkara khususnya apabila anda ingin memasang custom rom pada smartphone anda. Antara perkara WAJIB anda ketahui sebelum memasang Custom ROM pada Smartphone Android, anda boleh semak dibawah ini.

1) Membuat Backup Apps, Kontak Dan Data
  • Perkara yang pertama sebelum anda memasang Custom Rom ialah lakukan membackup data-data yang penting terlebih dahuliu. Antara jenis file yang anda boleh backup ialah seperti aplikasi, kontak, dan data-data yang lain. Melakukan backup ini juga membolehkan anda tidak kehilangan file-file yang penting. 
2) Pastikan Smartphone Mempunyai Kapasiti Mencukupi
  • Ini juga antara perkara penting yang patut anda lakukan, cas terlebih dahulu smartphone anda agar tidak mengganggu semasa memasang Custom Rom. Kadang-kadang, Ketika anda memasang Custom Rom dengan batteri yang rendah juga akan mengakibatkan terjadinya BRICK dan akan mengganggu proses anda. 
3)  Pastikan Anda Sudah Aktifkan Mode USB Debugging
  • Secara umumnya, USB Debugging ini adalah cara untuk smartphone anda berhubung hingga ke bahagian sistem smartphone anda. Jadi adalah penting juga bagi anda melakukan pengaktifan ini sebelum menukar ke Custom Rom.
4)  Backup Imei Juga
  • IMEI Anda juga berisiko untuk hilang apabila anda sudah selesai memasang Custom Rom. IMEI yang hilang juga memberikan kesan yang buruk kepada Smartphone anda. Kerana, Tanpa IMEI bahagian sambungan simkad tidak akan berfungsi. Ini selalu dihadapi oleh kebanyakkan orang. Jadi lakukanlah backup terlebih dahulu IMEI anda. Anda boleh Mendownload dan taip "Backup Efs" untuk membackup IMEI anda.
 Baca Juga >> Cara Mengetahui Smartphone Anda Terkena Heartbleed Bug
Demikianlah penerangan ExpanDroiders pada kali ini berkenaan Perkara Yang Perlu Diambil Sebelum Memasang Custom Rom. Semoga ianya dapat disampaikan jelas kepada anda. Baca juga artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat yang lain. Sekian terima kasih.


Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »