Tips Penjagaan Powerbank Yang Betul

Tips Mengekalkan Kualiti Powerbank - Powerbank adalah salah satu alternatif charging bagi sesiapa yang kehabisan kuasa pada smartphone. Anda boleh dapati powerbank ini dimana-mana sahaja kerana penjualan powerbank ini cukup meluas dalam negara kita. Pelbagai jenis saiz dan kapasiti yang anda boleh dapati dalam pasaran kini.

cara menjaga powerbank yang betul


Ada yang berkualiti dan ada yang kurang kualiti. Tetapi tahukah anda bahawa powerbank juga mempunyai cara yang tersendiri dalam penggunaan powerbank? Memang. Kerana ramai yang membeli powerbank dan menggunakan powerbank tanpa ada cara yang betul. Akibatnya, powerbank anda akan mudah rosak dan tidak boleh dipakai lagi.

Untuk masalah ini, ExpanDroiders akan mengupas sedikit demi sedikit berkenaan Cara Penggunaan Powerbank Yang Betul untuk anda agar powerbank anda tidak mudah rosak. Anda boleh semak dibawah paragraf ini untuk ketahui maklumat yang bakal kami kongsikan ini.

Antara Tips Penggunaan Powerbank Yang Betul

1) Matikan Smartphone Atau Gadjet Anda Ketika Membuat Sambungan Cas
  • Smartphone atau gadjet yang dihidupkan ketika melakukan penyambungan cas pastinya akan membuatkan powerbank anda akan cepat habis kerana ianya berfungsi memberikan cas dan kemudianya smartphone atau tablet anda menghabiskan serta membuatkan powerbank anda mengeluarkan kuasa kapasiti yang banyak dalam tempoh satu cas tertentu.
2) Elakkan Powerbank Anda Daripada Terjatuh Dari Tempat tinggi
  • Ini kerana jika powerbank anda terjatuh dari tempat yang tinggi berkemungkinana powerbank anda akan mengalami kerosakkan yang serius dan akan mengakibatkan pada sesetengah bahagian powerbank anda akan terganggu. Cuba sentiasa elakkan daripada powerbank anda daripada terjatuh untuk mengelakkan masalah yang akan berlaku keatas powerbank anda.
3) Membuat Sambungan Cas Semula Sebelum Kehabisan Kuasa 0%
  • Pada kebanyakkan powerbank mempunyai sel batteri jenis Li-Po atau Lithium Polymer. Dari penggunaan sel ini kapasiti powerbank anda akan berkurangan jika telah sampai 0%. Ini sudah tentu akan mengikis kualiti powerbank anda kerana kapasitinya akan mengecil tidak sebagus mula-mula kita beli dahulu.
4) Jauhkan Daripada Udara Atau Tempat Yang Panas
  • Suhu persekitaran yang panas juga akan mendorong powerbank anda ini cepat rosak. Cuba elakkan powerbank anda daripada suhu persekitaran atau tempat yang panas. Cara ini akan membantu anda dalam mengekalkan kualiti powerbank anda agar tidak cepat rosak.
Baca Juga : Tips Membeli Powerbank Baru

Berikut adalah 4 cara penjagaan powerbank yang betul. Semoga inya dapat membantu anda dalam mngekalkan kualiti powerbank anda. Baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »