Aplikasi Android Untuk Mengira Kadar Denyutan Jantung

Mengira Kadar Denyutan Jantung - Sebagai seorang yang inginkan kesihatan yang lebih baik adalah tanggungjawab untuk kita untuk mengekalkan kesihatan agar hidup lebih baik dan selesa. Tahukah anda? Hanya melalui smartphone anda boleh mengetahui kadar degupan jantung anda. Iaitu dengan penggunaan Aplikasi yang dibuat oleh Azumio Developer mampu untuk mengira kadar degupan jantung anda.



Aplikasi ini hanya perlu beberapa langkah yang simple dan mudah untuk difahami. Ia mengesan kapilari yang terdapat pada jari anda untuk mengira kadar degupan jantung. Jika smartphone anda mempunyai flash maka aplikasi ini akan berfungsi dengan baik sekali untuk anda.

Sejauh Mana Keberkesanan Aplikasi Ini



Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri yang baik dan tepat untuk penggunananya dalam mengenal pasti kadar degupan jantung anda. Hanya dalam sepuluh saat sahaja anda dapat mengetahui keputusanya. Selain itu juga, jika anda kerap menggunakan aplikasi hari demi hari maka aplikasi ini juga akan mengemaskini kini keadaan jantung anda.


Cara Memasang Aplikasi Ini

Anda boleh dapati aplikasi ini secara percuma di Google PlayStore. Saiz aplikasi ini juga berbeza-beza dengan model smartphone yang anda miliki.

 

 

 Cara Penggunaan



Letakkan jari anda pada kamera belakang smartphone anda. Relaks dan tahan jari anda dikamera. Jangan terlalu menekan pada kamera kerana ia akan dapat menghentikan saluran darah yang untuk di kesan.

Tahan jari anda selama 10 saat dan memerlukan beberapa saat untuk stabilize. Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat smartphone anda haruslah mempunyai LED Flash yang baik.


Baca Juga : Cara Mendownload Video Di Facebook

Kesimpulan


Untuk anda yang inginkan aplikasi yang dapat mengira kadar denyutan jantung anda. Aplikasi ini adalah yang terbaik untuk anda. Selain itu, ia juga mempunyai rating yang tinggi di Google PlayStore. Maka dengan itu berakhirlah entry pada kali ini semoga ianya dapat membantu anda.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments