Cara Mengetahui SD Card Android Tiruan Atau Tidak

Semenjak kebelakangan ini barangan elektronik tiruan telah banyak membanjiri pasaran yang terdapat dinegara ini. Tidak kira ianya dibuat daripada Korea, Thailand atau dari China sekalipun. Sebagai pengguna yang mementingkan kualiti barangan adalah tanggungjawab kita sendiri untuk menghindari daripada membeli barangan tiruan ini.

kenalpasti Sd Card bukan tiruan


Antara barangan tiruan elektronik yang sedang hangat ketika ini ialah smartphone tiruan dan aksesorinya yang lain. Barangan elektronik seperti ini telah banyak membanjiri dipelusuk pasar-pasar yang terdapat dinegara ini.  Contohnya, SD Card ada yang boleh kita dapat hanya berharga RM10 bersaiz 32 GB. Harga dan saiz SD Card tersebut tidak masuk akal kerana ianya terlalu murah. Oleh itu berhati-hatilah dalam membuat pembelian.

Oleh kerana SD Card tiruan adalah antara banyak dijual dalam pasaran kini, Dan kali ini ExpanDroiders akan memberikan tips yang bermanfaat kepada anda dalam Pemilihan SD Card yang betul agar tidak ditipu penjual barangan tiruan. Dengan erti kata lain cara untuk membezakan SD Card Palsu Atau tidak. Anda boleh membezakan SD Card Palsu atau tidak hanya melalui Smartphone anda sendiri.

Dengan Menggunakan Aplikasi SD Card Insight anda mampu mengenal pasti Sd Card tersebut adalah original atau tiruan. Aplikasi ini berfungsi untuk membaca data-data yang ada pada SD Card anda hanya dalam beberapa saat sahaja. Penggunaanya mudah difahami dengan menampilkan  Nama Pengilang, Tarikh pembuatan,serta nombor siri yang terdapat pada SD card tersebut.

Cara Mengetahui SD Card Palsu Atau Tidak

  • Muat turun dahulu aplikasi SD Card Insight Di Google PlayStore
  • Apabila anda selesai memasang aplikasi tersebut, maka buka aplikasi tersebut.
  • Apabila aplikasi dibuka maka secara automatik aplikasi ini akan Scan SD Card anda yang anda pasang dan ianya akan menampilkan data-data yang disebut diatas. Jika maklumat yang telah disebut tidak jelas. Maka Mungkin Sd Card tersebut adalah palsu atau tiruan.

mengetahui SD Card Palsu Atau tidak
Baca Juga :  Cara Cas Batteri Smartphone Dengan Pantas

Demikianlah Tips yang ExpanDroiders Berikan kali ini berkenaan Cara Mengetahui SD Card Android Tiruan Atau Tidak. Semoga kita terhindar daripada membeli barangan tiruan kerana ianya amat merugikan kita sendiri. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Jangan lupa untuk membaca Artikel yang lain untuk mengetahui maklumat yang selanjutnya,


Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
18 September 2015 3:52 PTG delete

dah banyak cara nak cek sekarang nieh yea

Reply
avatar