Aplikasi GPS Terbaik Untuk Pengguna Smartphone Android

Aplikasi GPS Terbaik Untuk Android – Perkembangan teknologi yang semakin pesat ketika ini telah banyak memberikan kesan positif kepada kita sendiri. Ketika ini dunia hany pada hujung jari. Anda mampu melakukan apa-apa sahaja dengan menggunakan jari anda. Tambahan lagi, penciptaan smartphone yang pada ketika ini sedang hangat dan rancak digunakan oleh pencinta gajet zaman milinium ini.

Smartphone berplatformkan android banyak membantu para penggunanya. Bukan setakat mampu menghantar pesanan, membuat panggilan. Malah ianya mampu berfungsi sebagai penunjuk arah perjalanan kita atau dengan erti kata yang lain mempunyai GPS ( Geographical Positioning System ). Sebagai pengguna Smartphone Android yang kerap kali berulang alik dengan perjalanan yang jauh. Kini anda mampu menghindari diri daripada sesat ketika jalan dengan menggunakan Aplikasi GPS yang dikembangkan oleh developer android.

Oleh sebab itu, Disini ExpanDroiders akan memberikan Panduan Aplikasi GPS Android yang manakah yang patut anda cuba. 🙂 Semak dibawah informasinya….

5 Aplikasi GPS Terbaik Untuk Smartphone Android

1) Google Maps

Google Maps adalah yang pertama terbaik untuk anda gunakan. Ianya dibuat oleh Syarikat Internet yang popular didunia iaitu Google Inc. Aplikasi ini anda boleh didapati secara percuma di Google Playstore. Selalunya, Ramai yang akan menggunkan aplikasi ini disebabkan aplikasi ini telah sedia ada dalam Smartphone Android anda. Overall Aplikasi ini amat user friendly dan mudah untuk difahami.

2) Sygic

Aplikasi GPS yang kedua patut anda cuba ialah Sygic. Salah satu kelebihan yang ada pada aplikasi ini ialah anda boleh menggunakanya dengan Offline tanpa internet. Anda cuma perlu menginstall Aplikasi ini buat kali pertama dan secara automatik ianya akan memasang maps untuk anda.

3) PapaGo

Aplikasi Papago ini ada pilihan yang ketiga untuk anda. Merupakan aplikasi yang dikembangkan dari developer Taiwan. Aplikasi ini akan memberikan anda maklumat yang tepat dan dilengkapi grafik 2D dan juga 3D. Selain itu juga, anda juga boleh mengetahui bangunan-bangunan disekitar lokasi yang anda inginkan seperti, restoran, bank dan lain-lain bangunan. Malah aplikasi ini juga boleh digunakan tanpa menggunakan internet iaitu Offline.

4) Navitel

Berfungsi sama seperti aplikasi GPS yang lain iaitu sebagai navigator untuk anda. Anda boleh menggunakanya dengan mudah amat user friendly dan mudah untuk difahami. anda juga boleh dapati aplikasi ini di Google Playstore secara percuma.

5) Waze

Aplikasi Waze ini merupakan sebuah aplikasi komuniti dan navigator yang paling ramai pengguna. Ianya mampu memberikan anda maklumat berkenaan jalan-jalan, Kesesakkan jalan dan membolehkan anda berkomunikasi bersama wazer yang lain. Dan anda boleh dapati juga aplikasi ini secara percuma di google Playstore.

Baca Juga : Cara Download Lagu terkini Melalui Smartphone android

Dengan panduan diatas berkenaan Aplikasi GPS Terbaik Untuk Pengguna Android dapat membantu anda yang sedang bingung dalam pencarian aplikasi GPS yang terbaik untuk anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda,

Jangan lupa untuk membaca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian terima kasih.

Post a Comment

Cara Mudah Ketahui… Cara Mengatasi Smartphone…