Cara Mengatasi Smartphone Tidak Dapat Di Kesan Komputer

Smartphone Tidak Dapat Di Kesan Komputer - Antara salah satu masalah yang kerap melanda pengguna smartphone android ini ialah apabila kita membuat sambungan Smartphone ke Komputer sering kali komputer tidak dapat mengesan smartphone yang disambungkan. Bukan tidak dapat dikesan langsung, cuma apa bila kita membuat sambungan ke pc ianya hanya muncul notis pemberitahuan smarphone anda sedang di cas.


USB tidak dapat detect


Bagi Smartphone yang tidak mengalami kerosakkan biasanya apabila anda membuat sambungan ke komputer secara automatik driver smartphone anda dipasang ke dalam komputer dan anda boleh lanjutkan segala aktiviti anda dengan memindahkan file ke komputer dan lain-lain. Dan pada komputer anda akan muncul file explorer yang menandakan bahawa smartphone anda berjaya dihubungkan ke komputer.

Namun, tidak semua komputer mampu membuat pengesanan secara automatik. Anda terpaksa membuat secara manual.

Jika anda mempunyai masalah seperti ini anda bolehlah mencuba cara yang ExpanDroiders berikan ini. Hanya dalam beberapa langkah masalah anda itu akan selesai.

Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Ambil Ialah :-

  • Sambungkan smartphone anda ke komputer menggunakan USB kabel.
  • Lihat pada status bar smartphone anda jika ada notifikasi sambungan.
  • tap pada notifikasi tersebut.
  • Lihat  jika tidak ada " Tick " mana-mana. silalah tick pada Media Device ( MTP )
USB tak dapat detect


Jika masalah ini tidak dapat juga diselesaikan berkemungkinan kabel USB anda sudah rosak. Ganti USB yang baru atau anda cuba untuk memakai USB yang lain. Selain itu juga, Berkemungkinan masalah port USB anda rosak. Jika masalah ini berlaku maka cepat-cepat anda menghantar kerana nantinya masalah itu akan melarat sehinggakan USB port anda tidak dapat digunakan lagi untuk membuat cas atau sambungan ke komputer.

Baca Juga : Cara Perbaiki Masalah Wifi Pada Smartphone Android

Semoga dengan panduan ini dapat membantu anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan soalan diruangan komen. Semoga ianya bermanfaat. Sekian Terima Kasih




Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »