Cara Kenali Tajuk Lagu Menggunakan Smartphone – Kita selalu mendengar lagu di raduio, kaca tv dan sebagainya. Kadangkadang lagu yang dipasangkan membuatkan kita tertarik pada lagu tersebut mungkin kerana ianya bersesuaian dengan “Style” kita atau sesuai dengan jiwa. Masalah akan timbul jika kita tidak mengetahui tajuk lagu dan sentiasa tertanya-tanya akan tajuk lagu tersebut.

Jika lagu tersebut dinyanyikan dengan bahasa melayu mungkin kita akan senang untuk mencari apakah tajuk lagu tersebut. Tetapi, jika lagu tersebut dimainkan dengan bahasa Inggeris atau sebagainya adakah kita mampu mencarinya dengan mudah ?
Bagi menyelesaikan masalah seperti ini kami akan memberikan sedikit tips berkenaan cara mencari tajuk lagu menggunakan smartphone anda dengan mudah. Terdapat pelbagai jenis aplikasi yang mampu membawa anda unuk selesaikan masalah ini.
Baca Juga : Punca Smartphone Anda Berat
Aplikasi Mengenali Tajuk Lagu
1 ) Aplikasi Shazam
- Aplikasi ini merupakan aplikasi yang amat popular didunia. Mempunyai jumlah muat turun yang begitu besar iaitu dalam lingkungan 550 juta kali muat turun. Untuk kenali tajuk lagu yang anda inginkan anda cuma perlu membuka apikasi ini dan halakan smartphone anda ke speaker untuk proses pengeceman lagu.
- Aplikasi ini berfungsi dengan menggunakan akses internet menerusi rangkaian smartphone anda. Selain tajuk lagu ianya juga berfungsi memaparkan album, dan beberapa informasi lain untuk anda ketahui berkenaan dengan lagu tersebut.
2 ) TrackID™ – Music Recognition
- Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang mampu untuk mengenal tajuk lagu. Ianya mempunyai kelasnya tersendiri. Cara penggunaan yang sama seperti aplikasi Shazam dengan merakam lagu yang telah dimainkan dan kemudian informasi sampai untuk anda.
- Aplikasi ini jadi sempurna apabila dilengkapi dengan ciri Gracenote dapat membantu anda dalam pencarian maklumat lagu yang anda inginkan.
3 ) Sound Hound Music Search
- Hanya menggunakan pencarian suara sebagai medium untuk anda mencari maklumat lagu yang anda inginkan seperti lirik, tajuk lagu, dan artis yang menyanyikan. Yang terbaiknya aplikasi ini mampu mengeluarkan maklumat-maklumat secara pantas untuk anda.
Baca Juga : Larangan Sebelum Mengecas Smartphone
Dengan Aplikasi-Aplikasi seperti ini semoga dapat membantu permaalahan anda. Kini anda boleh ketahui tajuk apabila lagu tersebut dimainkan lagi. Semoga dengan post ini dapat membantu anda. Silalah baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat yang lain.