Cara Selfie Yang Berkualiti Tanpa Edit Apps

Tips Selfie Yang Berkesan Cantik - Selfie amat popular ketika ini oleh kerana kecanggihan smartphone pada masa kini mempunyai dua kamera iaitu kamera depan dan belakang. Selfie juga amat digemari oleh semua lapisan masyarakat kini. Dalam masa hanya beberapa saat sahaja gambar selfie yang diambil, anda boleh berkongsi kepada akaun sosial media milik anda.

cara selfie betul


Tetapi sebelum berkongsi gambar selfie anda harus pastikan dahulu gambar yang diambil adalah benar-benar berkualiti. Untuk itu juga kali ini ExpanDroiders akan berkongsi sedikit-sebanyak cara menghasilkan gambar selfie yang menarik dan berkualiti.
Baca  Juga : Larangan Sebelum Mengecas Smartphone Anda

Cara Hasilkan Gambar Selfie Berkualiti :-

1) Bersihkan Muka Anda Dari Segala Minyak

  • Untuk menghasilkan gambar selfie yang menarik anda seharusnya memeriksa muka anda supaya bebas daripada minyak dan segala kekotoran. Gunakan sedikit bedak atau mekap untuk diratakan diwajah anda. 

2) Gunakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Tema Belakang.

  • Pakaian yang sesuai juga antara salah satu peyumbang untuk anda menghasilkan gambar yang berkualiti. Pastikan anda sudah cukup bersedia untuk sesi selfie dengan menggunakan pakaian yang sesuai, Selain itu juga, anda disarankan untuk memilih pakaian yang mengikut warna kulit anda. Jika anda mempunyai warna kulit yang gelap anda seharusnya menggunakan pakaian yang berwarna cerah begitu juga jika anda mempunyai warna kulit yang cerah anda sesuai dengan pakaian yang berwarna gelap
Baca Juga : Gambar The Rock Ketika Muda

3) Kurangkan Melihat Lensa Kamera Smartphone Anda.

  • Dengan cara ini juga, anda boleh menghilangkan kesan natural daripada setiap gambar anda ( Candid ). Jika anda mengguna kamera belakang elakkan menggunakan lampu Flash. Kerana lampu flash tersebut akan menyinari retina mata anda lalu menyebabkan anda kelihatan seperti mengantuk dan juga akan menyebabkan efek red-eye pada gambar yang anda ambil.

4) Menoleh kekanan Sambil Bergambar

  • Menoleh kekanan juga membolehkan anda menhasilkan gambar selfie yang menarik. Ini telah dibuktikan oleh kajian diuniversiti Wake Forest yang mengatakan bahawa bahagian sebelah kanan wajah anda lebih menarik berbanding daripada sebelah kiri. Menoleh kekanan juga sedikit jika wajah anda berbentuk bulat akan menyebabkan efek wajah anda akan menjadi bentuk tirus. Anda boleh mencubanya!

5) Gunakan Senyuman Seikhlas Hati Anda

  • Ini adalah satu kunci yang utama buat anda yang suka berselfie, Senyuman adalah penting kerana secara automatik mesti gambar anda akan berbentuk ceria bukan? Selain itu, gunakan juga gaya atau Posing yang menarik dapat membentuk gambar yang menarik dan berkualiti.
Demikian itu adalah sedikit sebanyak tips yang boleh anda guna pakai untuk menghasilkan sebuah gambar selfie yang menarik. Anda juga boleh membaca artikel yang lain untuk mengetahui maklumat selanjutnya. 

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
30 Jun 2016 12:31 PTG delete

uish nak selfie pun ada cara spesifik

Reply
avatar
30 Jun 2016 10:48 PTG delete

hahah.. nie tuk org kaki selfie jer nik khazamni.. hehe

Reply
avatar
26 Julai 2016 5:59 PTG delete

kita juga jangan terlalu terpaku sama saran2 yang ada

Reply
avatar
6 Oktober 2016 10:55 PG delete

selfie mah gaya nya mah boleh bebas asalkan gaya nya jangan berlebihan. dan tampil pd.wkwkkw

Reply
avatar
9 Oktober 2016 1:06 PG delete

ternyata selfie pun ada caranya tersendiri......

Reply
avatar