Cara Mudah Bezakan Smartphone Original Atau Tidak

Smartphone yang menggunakan platform android kini semakin ramai yang gunakannya. Dengan kelebihan yang ada dimiliki oleh smartphone berplatformkan android, kini ramai pengeluar smartphone mula tertarik untuk menghasilkan smartphone jenis android. Namun itu, terdapat segelintir pengeluar yang inginkan keuntungan banyak dengan menciptakan smartphone tiruan.

Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa berwaspada dalam isu ini, takut-takut nanti anda tersilap beli smartphone tiruan. Adakah anda sudah mengetahui tentang perbezaan smartphone original ataupun tiruan? Mari kita kaji bersama..


handphone bukan ori


Perbezaan Smartphone Original Dan Smartphone Tiruan:


1) Perbandingan Harga
  • Sebelum membeli anda haruslah memeriksa harga yang ditawarkan oleh penjual. Jika harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dari harga yang sepatutnya pasti terdapat muslihat disana. Anda disarankan supaya memeriksa terlibih dahulu harga official yang diletakkan keatas smartphone yang anda inginkan.
  • Anda juga boleh memeriksa harga smartphone dengan melayari internet yang dipercayai ataupun membeli majalah gajet periksa terlebih dahulu harga official yang ditawarkan/.

2) Bentuk Fizikal Smartphone

  • Periksa bentuk fizikal smartphone yang anda ingin beli. Jika terdapat sebarang kecacatan meragukan yang terdapat pada smartphone tersebut, elakkan membelinya kerana taku-takut itu adalah smartphone tiruan yang dijual oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.
  • Smartphone yang original pastinya tidak memiliki sebarang masalah bentuk fizikal kerana para pengeluar sudah menapis smartphone yang bermasalah dan dihatar semula kekilang untuk pemprosesan semula.
Baca Juga: Contoh Smartphone Mempunyai Malware

3) Cek Performance Tersebut Menggunakan Aplikasi Antutu Benchmark

  • Anda juga boleh memanfaatkan aplikasi yang terdapat pada playstore iaitu aplikasi Antutu Benchmark dengan memeriksa peformance dan juga data-data penting pada smartphone tersebut. Dengan ini data-data yang dikumpulkan oleh aplikasi Antutu Benchmark anda boleh membandingkan semua data-data yang telah dikumpulkan pada laman official pengeluar.
  • Jika terdapat perbezaan data, Jangan beli smartphone tersebut berkemungkinan smartphone tersebut adalah tiruan.

4) Cek Nombor EMEI Smartphone Tersebut

  • Smartphone yang telah dihasilkan pastinya akan memiliki nombor IMEI yang unik. Periksa nombor IMEI smartphone tersebut dengan menekan kod *#06# pada dialer smartphone tersebut.
  • Setelah keluar nombor imei, bandingkan nombor tersebut dengan kotak smartphone tersebut. Jika terdapat perbezaan antara nombor imei yang keluar dengan nombor imei yang terdapat pada kotak maka jauhkanlah niat untuk membelinya. 

5) Periksa Kamera Smartphone Tersebut.

  • Uji kamera smarphone tersebut, periksa kualiti gambar yang anda telah tangkap. Jika gambar yang anda telah tangkap namun anda masih meraguinya anda juga boleh memindahkan gambar yang anda telah tangkap tersebut ke komputer atau laptop berplatformkan windows.
  • Anda boleh memeriksa propeties dan detail gambar tersebut serta informasi bernaan smartphone anda.
Baca Juga : Punca Smartphone Anda Lagging

Dengan ini berakhirlah sudah panduan Cara Membezakan Smartphone Ori Atau Tidak. Semoga inya bermanfaat untuk kita semua.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
3 Oktober 2016 4:23 PTG delete

wah makasih infonya berguna banget nih

Reply
avatar
9 Oktober 2016 12:30 PG delete

memang sekarang banyak beredar smartphone yang palsu , kita harus pintar membedaknnya

Reply
avatar
4 Disember 2016 7:15 PTG delete

harus lebih berhati hati lagi ni dlm memilih smartphone

Reply
avatar