Cara Mudah Baiki Masalah Error 'Unfortunately App Has Stopped'

Bagi pengguna Android pastinya pernah mengalami masalah seperti ini dan sudah tentu masalah ini amat mengganggu konsentrasi kita dalam penggunaan smartphone platform android ini. Pada kebiasaanya masalah ini akan keluar apabila anda sedang menggunakan aplikasi yang ada dan memaksa anda untuk menutup aplikasi tersebut. Untuk itu terdapat cara mudah baiki masalah unfortunately app has stopped di smartphone android anda.

baiki unfortunately has stop
Cara Mudah Baiki Masalah Error 'Unfortunately App Has Stopped' By ExpanDroiders

1) Padam Penyimpan Data Apps

Masalah ini pada kebiasaanya cara boleh mnyelesaikan masalah yang bersangkutpaut dengan contact, gallery ataupun Aplikasi Launcher smartphone anda. Caranya:-
  • Carikan sistem setting anda.
  • Pergi ke Aplikasi@Application > Application Manager
  • Tarik@Swipe ke kiri hingga anda jumpa All Tab.
  • Cari Aplikasi yang bermasalah tersebut.
  • Apabila jumpa padam Data dan Cache aplikasi tersebut.

2) Padam Aplikasi Dan Pasang Semula

Anda juga boleh mengikuti cara ini iaitu padam dan pasang semula aplikasi tersebut melalui google playstore. Cara ini mungkin akan membantu anda untuk perbaiki masalah seperti ini.

3) Restart Semula Smartphone Anda

Jika jalan penyelesaian diatas masih tidak dapat membantu anda, anda juga boleh lakukan cara ini. ianya mudah hanya restart semula smartphone anda dan tunggu sehingga smartphone anda balik. Mungkin terdapat kekeliruan sistem yang dihadapi oleh smartphone anda, jadi cara ini dapat menenangkan smartphone anda dengan baik.

Baca Juga: Baiki Masalah Error Playstore

4) Format Smartphone Anda:-

Ini adalah jalan terakhir yang patut anda lakukan jika masalah seperti ini tetap berpanjangan. Kenapa ianya merupakan jalan terakhir? kerana apabila melibatkan format anda haruslah berwaspada kerana data-data yang tidak disimpan ditempat yang sepatutnya mungkin akan terpadam. Jadi Anda disarankan untuk menyimpan terlebih dahulu data-data penting anda sebelum melakukan format smartphone.

Baca Juga: Cara Kembalikan Chat Whatsapp Yang Terpadam

Adakah cara mudah baiki masalah error unfortunately app has stop ini berkesan dengan baik bagi anda? Silalah tinggalkan komen anda jika masih terdapat masalah.. Untuk itu, berakhir perkongsian pada kali ini. Semoga inya bermanfaat bagi anda.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
18 Julai 2016 10:44 PTG delete

mmg selalu bersihkan cache. boleh rasa perbezaannya

Reply
avatar
9 Oktober 2016 12:26 PG delete

terimakasih perkongsiannya...semoga bisa bermanfaat bagi semua pembaca blog ini

Reply
avatar
11 Oktober 2016 11:40 PG delete

makasih infonya, soalnya lagi nyari artikel tentang ini

Reply
avatar
10 Januari 2017 12:42 PG delete

Mohon bantuan segera!! Lenovo saya a850 ada masalah unfortunetely lenovo launcher... Sudah restore factory jugak masih naik di atas skrin utama hingga tidak dapat tekan apa apa kecuali selting sahaja.. Mohon bantuan

Reply
avatar
18 Mac 2017 4:41 PTG delete

boleh jadi lebih laju bersihkan cache tu...persaan sy la

Reply
avatar
26 Mac 2017 12:37 PTG delete

info yang berguna... terima kasih.

Reply
avatar