Cara Nak Download Lagu Dari Youtube | Tidak Susah Mana Pun? – Expandroiders

Cara Nak Download Lagu Dari Youtube – Kalau nak dibandingkan zaman sekarang yang serba canggih ini dengan zaman awal tahun 2000-an, pasti anda dapat bezakanya bukan? Apatah lagi jika anda seorang peminat musik.

Jika dulu anda ingin dapatkan sesebuah lagu, anda haruslah membeli VCD atau kaset untuk mendengarnya di radio atau pemain video yang ada dirumah anda. Walaupun sukar bagi anda untuk dapatkan sesebuah lagu tapi pastinya ianya satu pengalaman yang manis untuk kita ingat kembali.

Berbeza dengan zaman sekarang, Untuk dapatkan sesebuah lagu amat mudah hanya dihujung jari sahaja dan yang paling best tak payah keluarkan duit pun seperti membeli VCD atau kaset.

Ini kerana anda boleh mendengar macam-macam lagu di platform perkongsian video terbesar didunia iaitu Youtube.

Dan bukan setakat itu sahaja anda juga boleh simpan video tersebut dan tukarkan file video kepada file mp3 dengan mudah.

Cara Nak Download Lagu Dari Youtube ( File Video Ke MP3 )

Ikuti langkah dibawah:

  1. Pergi ke Aplikasi Youtube yang ada pada telefon anda dan pilih lagu yang anda ingin download
  2. Salin pautan ( link ) lagu yang anda pilih tersebut dengan menekan butang share atau kongsi, tekan sahaja ‘Copy Link”
  3. Setelah itu, buka google chrome atau mana-mana browser yang ada dalam smartphone anda
  4. Pergi ke bahagian carian dan masukkan alamat link ini https://ytmp3.cc/en13/
  5. Masukkan link video lagu yang anda salin tadi kedalam ruangan convert.
  6. Selesai salin, Tekan butang convert dan tunggu butang download keluar.

Itu lah cara download lagu dari youtube yang paling mudah anda boleh lakukan. Tanpa sebarang aplikasi digunakan hanya salin link dan convert sahaja. 

Baca Juga: Cara Buang Iklan Di Android

Baca Lagi: Cara Nak Download Video Facebook

Belum pernah try cara ini? Cubalah dan jangan lupa untuk tinggalkan komen anda jika kurang faham. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan cara nak download lagu di youtube ini. Sekian

Post a Comment

Cara Semak No… Cara Nak Buat…