Model Terbaru Samsung : Samsung Galaxy Note 5 Dan Samsung Galaxy S 6 Edge Plus

Samsung Galaxy Note 5 Dan Samsung Galaxy S 6 Edge Plus - Pada 13 haribulan Ogos tahun ini samsung akan mengadakan pertunjukkan smartphone terbaru daripada ciptaan mereka. Dalam pertunjukkan tersebut Samsung akan dijangka mengenalkan model terbaru iaitu Samsung Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S Edge Plus. Menurut informasi yang kami dapat , Samsung Galaxy S 6 Edge Plus akan dilengkapi dengan Skrin bersaiz 5.7 inci super AMOLED Quad HD.

Sumber : Twitter


Selain itu,  Dilengkapi prosessor Samsung Exynos 7420 dan mempunyai RAM berkapasiti 4GB. Smartphone ini juga, tidak menyokong penggunaan Memori Kad tetapi ianya cuma memiliki Internal storage bersaiz 32 Gb , 64 GB atau 128 GB. disamping itu, Samsung Galaxy S Edge Plus  Menggunakan kamera belakang 16 MP dan Kamera depan 5 MP serta menggunakan Sistem Operasi Android Lollipop. Harga mungin menyusul dalam $880 atau dalam ringgit berjumlah RM 3,412.

Samsung Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5 akan dilengkapi 5.66 inci skrin bersamaan 2560 x 1440 resolusi. Dibekalkan dengan kapasiti RAM seperti Samsung Edge 6 Plus iaitu 4 GB RAM. 32 GB Storage serta menggunakan kamera 16 MP belakang dan depan 5 MP. dan menggunakan Sistem Operasi Android Lollipop 5.1.1

Dijangka Samsung Galaxy Note 5 ini juga tidak menyokong penggunaan memori kad. Hal ini tidak lagi menjadi kejutan kerana sejak dari Samsung S 6 model lagi tidak menyokong memori kad. Atau mungkin Samsung akan mengubah fikiran berkenaan smartphone canggih mereka itu akan menyokong memori kad. Sama-sama kita nantikan.

Model Terbaru Samsung : Samsung Galaxy Note 5 Dan Samsung Galaxy S 6 Edge Plus Model Terbaru Samsung : Samsung Galaxy Note 5 Dan Samsung Galaxy S 6 Edge Plus Reviewed by ExpanDroiders [Dot] Com on 05 Ogos Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.