5 Tips Penting Dalam Memilih Smartphone Gaming

Expandroider - Pada masa ini, banyak game yang dilancarkan di google PlayStore atau Apple Store malah ianya semakin bagus dari segi grafik, ciri-ciri dan sebagainya. Ada yang jenis strategi, shooter, Adventure dan banyak lagi yang anda boleh dapati di store peranti anda. Akan tetapi semakin lama semakin besar spesifikasi yang diperlukan untuk bermain game tersebut.

Tips Memilih Smartphone Gaming


Jangan risau kerana kini banyak company-company besar dalam pembuatan peranti smartphone sedang bersaing untuk mengeluarkan smartphone yang khusus untuk gaming.

Sekarang anda boleh melihat banyak smartphone gaming yang boleh anda dapati dipasaran umum atau online. Untuk membeli smartphone khas untuk gaming ini memerlukan bajet yang besar. Maka dengan itu anda haruslah mengetahui tips mudah dalam memilih smartphone gaming supaya dapat mengelakkan anda daripada tersalah beli smartphone dan menyesal di kemudian hari.


Tips Penting Mimilih Smartphone Gaming

1) Ulasan Dari Pengguna Yang Lain.

Memilih Smartphone Gaming


Ini sudah menjadi kewajiban anda iaitu perkara yang pertama sekali sebelum anda membeli smartphone gaming. Ini kerana ulasan pengguna lain sedikit sebanyak membantu anda untuk mengetahui kebaikkan dan keburukkan pada smartphone yang anda bakal beli. Anda boleh mengetahui melalui rakan anda, sosial media, ulasan dari kedai online, Youtube, dan banyak lagi.


2) Resolusi Screen Smartphone.

tips Memilih Smartphone Gaming


Perkara ini adalah penting untuk anda titik beratkan. Kerana resolusi screen yang ideal untuk smartphone gaming adalah 1080p. Ramai orang yang terpedaya dengan iklan smartphone yang mempunyai tampilan luaran yang sangat cantik tetapi resolusinya tidak tajam dan burst ketika bermain game.


3) Nilai Kapasiti Memori Smartphone.

tips Memilih Smartphone Gaming



Kebanyakannya Top Game untuk Smartphone seperti PUBG, Mobile Legend, Asphalt dan banyak lagi adalah merupakan game yang berukuran besar saiznya. Jadi, Saiz memori smarphone juga memainkan peranan dalam tips membeli smartphone gaming ini masa ini.


4) Kapasiti Batteri Smartphone.

tips Memilih Smartphone Gaming


Disamping itu, Kapasiti batteri yang besar juga menjadi tips anda dalam membeli smartphone gaming. Kapasiti ideal bagi smartphone gaming ialah dalam 4,000 mAh. Ini kerana banyak game-game sekarang mimiliki grafik yang tinggi dan pastinya memakan banyak jumlah batteri smartphone anda.


Baca : Cara Mudah Membezakan  Smartphone Original Atau Tidak

5) Smartphone Yang Mempunyai Fungsi Ciri Gaming Mode.

Memilih Smartphone Gaming



Tips yang kelima yang perlu anda ketahui ialah smartphone yang anda target itu seharusnya mempunyai ciri gaming mode. Dengan adanya ciri ini, smartphone anda akan menjadi ringan kerana ianya memokuskan smartphone anda kepada game yang anda sedang main.


Dengan 5 tips penting dalam memilih smartphone gaming diatas sekarang anda sudah mengetahuinya jadi berhati-hati dalam memilih smartphone gaming anda kerana banyak jenama-jenama smartphone diluar sana yang melekatkan simbol gaming padahal ianya bukan smartphone gaming. Semoga dengan membaca artikel ini dapat membantu anda!

0 Response to "5 Tips Penting Dalam Memilih Smartphone Gaming"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close