Android Pie Adalah Nama Baharu Android 9.0

Terbaru pihak Google telah memperkenalkan Android Pie ataupun lebih dikenali sebagai
Android P. Android P juga menggunakan angka rasmi iaitu Android versi 9.0. Antara smartphone yang pertama menggunakan sistem android versi terbaru ini ialah smartphone Google Pixel.

Android P Hadir  Sebagai Versi Android Terbaru Iaitu Android pie


Selain itu, smartphone yang lain juga turut menerima ujian Android P ini seperti Xiaomi Mi Mix 2S, Huawei Mate 10, Huawei P20, Honor V10, Nokia 7 Plus, HTC U12, HTC U11, HTC U11+, HTC U11 Life, Mana kala Sony Xperia pula, Sony Xperia XZ1, Sony Xperia XZ1 Compact,Sony Xperia XZ1 Premium, Sony Xperia XZ2, Sony Xperia XZ2 Compact,Sony Xperia XZ2 Premium.

Berbalik kepada Android Pie, Android P ini juga telah mengintegrasikan dengan AI iaitu Artificial Intelligence dan menambahkan kecekapan smartphone dengan lebih dalam lagi. Paparan skrin pada sistem Android 9.0 ini pula juga telah dioptimasikan untuk skrin smartphone yang bertakuk. Google Assistance dan skrin notification juga telah diperbaharui dengan pelbagai ciri yang menarik dan pelbagai fungsi baharu.

Bagi pengguna yang ketagihan game pula, anda juga boleh mengintegrasikan alat kawalan jauh anda seperti Xbox One dan alat kawalan jauh Sony Dualshock 4. Android P ini juga turut hadir dengan 157 emoji yang baru bagi sistem operasi Android 9.0 ini.

Dengan itu sedikit sebanyak info yang kami kongsikan semoga bermanfaat. Jadi ttunggu apa lagi > Jom kemaskini ke Android 9.0 \.



EmoticonEmoticon