Isnin, September 17

Cara Nak Betulkan Masalah Game Terkeluar Sendiri Di Smartphone

Anda sedang mengalami masalah game terkeluar sendiri ? Atau game anda sedang loading dan tiba-tiba timbul force close di screen anda? Pastinya kejadian itu sangat-sangat tidak mengganggu anda bukan.

cara nak baiki masalah game force close


Sekarang telah banyak game berstatus besar dan menarik untuk di main di smarphone anda. Masalah-masalah seperti tiba-tiba terkeluar sendiri ini dan tidak dapat dibuka sangat-sangat menimbulkan perasaan stress dan tidak puas hati dalam momen anda ingin bermain game di smartphone.

Kadang-kadang msalah sebegini muncul akibat daripada keadaan dan spesifikasi smartphone anda sendiri. Spesifikasi smartphone yang tinggi kualiti amatlah jarang timbul masalah sebegini. Melainkan ada masalah-masalah tertentu yang membuatkan smartphone spesifikasi tinggi mengalami masalah ini.

Periksa dahulu kemampuan smartphone anda sebelum anda memuat turun game di google playstore atau appstore. Beberapa cara yang boleh digunakan untuk perbetulkan masalah game terkeluar sendiri ini.


1) Muat Turun Melalui Google Playstore

Untuk menghindari daripada potensi serangan malware atau virus anda disarankan supaya memuat turun terus dari Google Playstore. Elakkan memuat turun aplikasi game selain dari Google Playstore. Kadang-kadang akibat daripada serangan virus ini boleh mengganggu sistem di smartphone anda.

Uninstall aplikasi yang disyaki dijangkiti malware atau virus atau aplikasi yang tidak kenal di smartphone anda.

2) Lihat Kemampuan Smartphone Anda ( Spesifikasi )

Ketidak sesuaian spesifikasi smartphone  juga mengundang kepada aplikasi game foece close ini/ Ini kerana jika anda memiliki smartphine yang kurang spesifikasi dan ingin bermain game yang mempunyai ciri tinggi sudah tentu ianya satu bebanan yang berat buat smartphone anda.

Seterusnya jika smartphone anda tidak mampu menampung bebanan ini maka masalah aplikasi force close ini akan muncul. Ini tandanya kena beli smartphone baru dan kualiti tinggi. hehe

Harga Smartphone Xiaomi Selepas Cukai SST

3) Clear Ram Sebelum Lancarkan Aplikasi

Dalam smartphone anda ada banyak aplikasi yang sedang berjalan dengan sendiri. Semakin banyak maka semakin lambatlah proses kerja yang dilakukan oleh smartphone anda. JAdi apa yang anda perlu lakukan ialah bersihkan dahulu RAM smartphone anda

Bersihkan RAM smartphone anda juga membantu dalam multitasking yang lebih ringan dan lancar. Kerana semakin besar ram anda semakin mudah dan ringan untuk smartphone anda melancarkan game atau aplikasi di smartphone anda.

4) Clear Cache Di Smartphone Anda

Cache ialah data-data yang diperlukan dan diambil secara senyap oleh aplikasi yang anda jalankan melalui internet. Contoh gamber tersebut ianya dikenali sebagai cache. Cache juga memakan memori smartphone anda

Anda juga disarankan supaya selalu membuang cache ini dari smartphone anda, Semakin banyak cache, maka semakin beratlah smartphone anda dan menyumbangkan anda masalah seperti aplikasi game tidak dapat dibuka.

5) Reboot Kembali Smartphone

Jangan lupa perkara kelima ini iaitu Reboot atau Restart kembali smartphone anda setelah lakukan perkara diatas. Reboot kembali smartphone anda dapat membantu smartphone anda berjalan dengan lancar dan lihat hasilnya


Ini adalah cara-cara mudah untuk nak betulkan balik smasalah game atau aplikasi terkeluar sendiri di smartphone anda. Semoga ianya bermanfaat. Sekian

1 Comments

Kadang-kadang bila ram dah penuh nak main game pun susah. Kadang-kadang macam ni lah boleh terkeluar sendiri.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat salah laku komen yang diberikan. Perhatian:- Artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ada. Ianya juga mungkin akan berubah-ubah mengikut masa ke semasa Segala kekurangan amatlah dikesali.
EmoticonEmoticon