Cara Nak Dapatkan Viewers Atau Penonton Yang Banyak Di Youtube

Memuat naik video di laman Youtube dengan mengharapkan banyak penonton bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Tetapi ianya memerlukan usaha gigih dan kesabaran yang tinggi. Dan seperti mana yang anda tahu melalui laman Youtube ini juga membantu ramai Youtube untuk menjana wang ringgit melalui pameran iklan dari Google Adsense.

cara nak dapatkan viewer banyak di youtube


Penonton adalah ibarat sumber rezeki bagi Youtuber. Tanpa penonton Youtuber tidak boleh atau kuranglah penghasilan wang yang akan diterima oleh Youtuber. Semakin banyak video anda dilihat maka semakin banyaklah penghasilan wang melalui pameran iklan di video anda.

Untuk memperbanyakkan penonton atau pengunjung pada setiap video anda dengan secara natural adalah bukan sesuatu yang mudah tetapi ianya memerlukan usaha gigih yang berterusan. Ini kerana terlalu ramai saingan video dan sistem pemilihan video oleh pihak Youtube sendiri. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda yang baru nak banyakkan viewers atau penonton di video Youtube anda


Cara Nak Banyakkan Viewers / Penonton Pada Video Youtube

1) Anda Sudah Tentukan Niche Yang Sesuai Untuk Channel Anda

Niche ialah sesuatu topik khusus atau konten video yang sudah anda tetapkan. Contohnya jika anda tetapkan niche channel Youtube anda adalah berkaitan dengan gadjet maka konten video dalam channel youtube anda haruslah berkaitan dengan gadjet seperti review smartphone terbaru, cara selesaikan masalah gadjet dan lain-lain, Dan pula. jika anda memilih niche masakkan seharusnya konten channel anda adalah berkaitan masakkan.

Kenapa pemilihan niche itu penting? Melalui niche yang tetap ianya salah satu cara memudahkan para Youtuber untuk menarik penonton sebanyak mungkin. Penonton atau pengunjung yang masuk ke channel anda akan sering kali mengunjungi channel anda dan jika video anda menarik perhatian mereka dan mereka juga mungkin akan jadi pengunjung tetap ke channel anda!

Pilihlah niche sesuai dan rating yang tinggi carianya di laman Youtube untuk nak dapatkan viewer yang banyak di Youtube.

2) Membuat Video Yang Berkualiti, Original Dan Menarik.

Video yang tidak original seperti muat naik kembali video yang sudah beratus kali dimuat naik oleh Youtuber lain ke channel mereka adalah perkara yang patut dihindari oleh Youtuber. Ini kerana video yang tidak original dan berlapis-lapis banyaknya di laman youtube akan mendapat rating yang rendah dan jika ini berlaku, rating video anda akan jatuh kebawah dan mnyukarkan anda mencari penonton untuk video anda itu.

Gunakan Software video untuk mengedit video anda supaya menjadi lebih menarik dan harmoni jika dilihat oleh viewer anda.

Usahakan membuat video yang original sesuai untuk niche channel anda. Tidak lupa juga dengan kualiti video yang anda muat naik ke laman Youtube ianya sesuatu perlu dijaga juga, Zaman sekarang bukan lagi zaman 3gp. Penonton amat menyukai video yang terang dan jelas apabila dilihat.

Video yang berkualiti dan original juga sedikit sebanyak membantu video anda bersaing dengan video-video yang banyak viewers atau penonton di laman Youtube !

3) Buat Video Yang Sedang menjadi Tren Atau Popular

Tidak dapat dinafikan lagi kuasa Viral kini pengaruhnya sangat besar di sosial media seperti Facebook, Twitter dan juga Youtube, bahan viral disebarkan dengan secara meluas dan pantas melalui sosial media kini. Jadi sebagai Youtuber anda harus manfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk mencari pengunjung atau viewer video di channel Youtube anda.

Buatlah video parody berkaitan dengan video yang sedang viral dengan menerapkan lawak-lawak yang betul-betul lucu. Video-video seperti ini banyak carianya dia laman Youtube. Dan jangan lupa juga terapkan nilai-nilai yang positive dalam video anda.

Baca: Cara Bisnes Dapatkan Wang Lebih Bagi Student Universiti
Lakukan 3 perkara diatas untuk cara nak dapatkan viewers banyak di Youtube. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan bermanfaat untuk anda.

1 Response to "Cara Nak Dapatkan Viewers Atau Penonton Yang Banyak Di Youtube"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close