Isnin, September 17

Cara Nak Setting Grafik Tinggi Bila Bermain Game PUBG Mobile

Permainan game pada smartphone masa kini semakin rancak dibangunka dari PC version sehinggalah ke Mobile version. Bermain game di peranti smartphone anda amat mudah dan senang pada bila-bila waktu sahaja anda kehendaki.

Cara Nak Setting Grafik Tinggi Bila Bermain Game PUBG Mobile


Contohnya, game PUBG Mobile kini anda boleh temui dimana-mana pemainya. Sama seperti game Mobile Legend: Bang Bang pemain antara kedua-dua game ini amat banyak anda temui. Adakah anda dikalangan orang yang demam dengan game PUBG ini juga ?

Bermain game PUBG Mobile ini memerlukan spesifikasi smartphone yang tinggi untuk dimainkan kerana grafik yang memuaskan dan menyokong FPS. Jadi untuk bermain game PUBG yang bukan daripada smartphone flagship  sudah tentu ianya akan mengakibatkan prestasi game tersebut semakin perlahan ataapun mengalami Lag ketika bermain.

Untuk nak bermain game PUBG Mobile ini dengan kualiti grafik yang cantik menggunakan smartphone yang mempunyai spesifikasi rendah boleh semak cara seperti dibawah.


Pertama sekali anda haruslah memuat turun / memasang aplikasi APP GFX Tool di Google Playstore atau tekan sini

Dalam muka halaman aplikasi tersebut anda akan diberikan pilihan untuk mengoptimumkan grafik apabila bermain game PUBG Mobile ini.

cara setting grafik tinggi pubg mobile


Cara Setting GFX Tool Yang Di Sarankan Untuk Bermain Game PUBG Mobile

  • Pilih Version 0.8.0(GP)
  • Pilih Resolution 960x540
  • Setkan Graphic HD
  • Setkan FPS 60fps ( jika peranti anda panas kurang kan ke 40fps )
  • Set kan Style yang anda mahu
Pilihan yang lain biarkan Select Or Skip. Setelah selesai lakukan setting diatas, Tekan Run Game PUBG Mobile. Perhatian: Sebelum anda melakukan setting ini pastikan game PUBG Mobile anda dimatikan dahulu, Jangan biarkan ia running di background.

Menggunakan Aplikasi GFX Tool ini anda boleh bermain game PUBG Mobile anda dengan smartphone yang mempunyai spesifikasi yang rendah dan anda juga boleh ikut cara setting grafik tinggi pubg mobile. Semoga ianya bermainfaat.


1 Comments

Terima kasih.. sekarang saya gunakan samsung note5 agak lag bila main game pubg nie. Bila guna apps nie boleh lah main smooth gitu.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat salah laku komen yang diberikan. Perhatian:- Artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ada. Ianya juga mungkin akan berubah-ubah mengikut masa ke semasa Segala kekurangan amatlah dikesali.
EmoticonEmoticon