4 Cara Mudah Download Video Gambar Di Instagram. No 3 Paling Senang!

Pada zaman ini siapa yang tidak kenal instagram? Hampir semua manusia dbumi ini mengenali instagram. Instagram merupakan sebuah laman media sosial yang membolehkan anda mengongsikan gambar dan video kepada rakan anda.

cara download gambar video instagram


Instagram mempunyai jumlah muat turun antara terbanyak dalam Google Playstore iaitu sekitar 1 billion muat turun. Ianya satu amaun yang banyak dan tidak hairanlah jika laman sosial media ini amat popular dikalangan semua lapisan umur.

Kadang-kadang anda juga tertarik dengan apa yang mereka kongsikan sehingga anda ingin menyimpannya.

Tapi, pada aplikasi Instagram yang anda pasang pada smartphone anda tiada butang muat turun dan ini mungkin meyulitkan anda untuk menyimpan gambar atau video tersebut. Terdapat dua cara iaitu menggunakan aplikasi ketiga atau menggunakan online sahaja. Jadi anda bolehlah pilih sesuai dengan keinginan anda.

Jadi disini kami mengajar anda tentang cara mudah untuk download / muat turun gambar atau video instagram.


Cara Download/Muat turun Gambar Atau Video Instagram

Tanpa Aplikasi

1) Dredown / www.dredown.com/instagram

cara download gambar video instagram


Dredown merupakan laman sesawang yang anda boleh mendownload / muat turun gambar atau video instagram secara online. Laman sesawang ini membolehkan anda memuat turun secara percuma tanpa dikenakan bayaran pun!

Ianya amat mudah digunakan tidak hanya khusus untuk smartphone tapi semua peranti pun boleh menggunakannya termasuk pc / laptop anda.

Jadi bagaimana cara untuk menggunakanya? boleh semak dibawah.
  • Pilih gambar instagram yang anda inginkan.
  • Kemudian, tekan pada tiga titik yang ada pada atas kanan gambar tersebut
  • Tekan copy link yang ada pada gambar tersebut.
  • buka browser anda seperti chrome, mozilla dan lain-lain
  • kemudian taip  alamat www.dredown.com/instagram.
  • Masukkan atau paste link yang anda copy tadi ke kotak pencarian
  • kemudian tekan dredown.
Setelah anda menekan butang dredown maka selepas itu akan keluarlah butang download link berwarna hijau.

Sudah cuba? amat mudah kan?


2) Downloadgram / downloadgram.com

cara download gambar video instagram


Downloadgram juga antara salah satu tools online yang anda boleh cuba selain dredown diatas menggunakan cara yang sama seperti dredown iaitu dengan copy/paste.

Cara untuk mendownload gambar atau video instagram menggunakan downloadgram seperti ini
  • Pilih gambar instagram yang anda inginkan.
  • Kemudian, tekan pada tiga titik yang ada pada atas kanan gambar tersebut
  • Tekan copy link yang ada pada gambar tersebut.
  • buka browser anda seperti chrome, mozilla dan lain-lain
  • kemudian taip  alamat www.downloadgram.com
  • Masukkan atau paste link yang anda copy tadi ke kotak pencarian
  • kemudian tekan download.
Cara menggunakan tools online ini juga simple. anda boleh gunakan cara ini juga tanpa dikenakan sebarang caj bayaran. ianya juga boleh digunakan dengan laptop / pc anda.


3) Menggunakan Screenshot smartphone anda 

Tahukah anda dengan screenshot juga anda boleh menyimpan gambar yang anda inginkan di instagram. Caranya amat mudah sahaja hanya untuk gambar bukan video ye.

  • Pilih gambar yang anda inginkan untuk disimpan
  • kemudian screenshot sahaja gambar tersebut.
  • Masuk kegaleri smartphone anda.
  • Cari gambar yang anda screenshot tadi
  • Pergi ke tool dan crop gambar yang anda screenshot mengikut saiz yang anda inginkan
Andajuga juga boleh memuat turun / download igtv melalui laman online ini. amat mudah bukan? hoho.. bolehlah try kejap lagi bagi sesiapa yang belum cuba.

Menggunakan Aplikasi

Untuk mendownload gambar atau video di intagram anda boleh menggunakan aplikasi ketiga yang tersedia di google playstore smartphone anda. Jadi disini kami cadangkan 2 aplikasi yang boleh anda dapati digoogle playstore untuk mendownload gambar dan video.

Sebenarnya ada banyak aplikasi boleh anda dapati digoogle playstore tapi aplikasi yang kami cadangkan ini mudah dan simple untuk digunakan. Jom semak..

4) InstaSave

cara download gambar video instagram


Dengan aplikasi ini kamu cuma perlu hanya satu tekan sahaja kerana ianya amat mudah dan senang untuk digunakan. Cara untuk menggunkanya adalah seperti berikut:-
  • Install aplikasi InstaSave di smartphone anda.
  • Copy / Salin link gambar yang anda ingin download
  • kemudian buka aplikasi InstaSave, tekan "Paste link to download" yang tertera pada bwah screen smartphone anda.
  • Tunggu sehingga selesai download.
Jika loading download telah selesai anda bolehlah semak gallery smartphone anda atau menekan terus video yang anda download diaplikasi tersebut.

Baca Juga : Tanda-Tanda Bateri Smartphone Anda Rosak

Jadi, itu sahajalah perkongsian kami kali ini. Semoga entri ini iaitu cara download video dan gambar di instagram dapat memudahkan anda!

Catat Ulasan

0 Ulasan