5 Fakta Perlu Anda Ketahui Tentang Deep Web

Selama ini kita cuma mengenal internet yang kaya dengan maklumat dan pelbagai fungsi ianya boleh diakses oleh semua orang tidak kira umur, pangkat atau darjat seseorang itu. Tetapi untuk lebih dalam lagi adakah anda sudah mengenali deep web?

cerita tentang deep web



Deep web merupakan sebagahuan daripada WWW ( World Wide Web ) yang mana ianya tidak dikeluarkan oleh mesin pencari seperi google.com, yahoo.com, bing dan sebagainya.

Baca Juga : Cara Menjadi Gamer Pro

Oleh sebab ianya tidak terindex oleh mesin pencari, maka dengan itu, ianya membuatkan deep web tidak dapat diakses dengan mudah melainkan terdapat caranya sendiri.

Jika anda tertarik dengan apa sebenarnya yang berada di dalam deep web itu, terdapat cara untuk masuk kedalamnya. Akan tetapi risiko yang bakal menimpa anda kelak kamu yang tanggung sendiri.


Jadi Apakah Perkara Yang Ada Di Dalam Deep Web Ini ?

Masih merasa ingin tahu apa sebenarnya yang ada dalam deep web ini? Sini kami kongsikan perkara yang anda perlu tahu sebelum anda memasuki deep web ini.


1) Menyimpan Pelbagai Informasi

Jika selama ini anda menyangkakan bahawa Deep Web tidak mempunyai informasi. Anda silap tentang itu, sebaliknya Deep Web ini mengandungi pelbagai maklumat sama ada kita ketahui ataupun tidak. 

Pada tahun 2003, dianggarkan sebanyak 500 billion halaman (Pages ). 500 billion pages bukannya sikit dan dalam 500 billion halaman tersebut terdapat banyak informasi didalamnya.


2) Tidak Mudah Untuk Diakses



Tidak seperti halaman biasa hanya dengan menaip google.com dan cari apa sahaja yang anda inginkan dan semuanya dapat dengan sekelip mata hasil daripada carian anda di google.com.

Tapi tidak semudah itu jika anda ingin akses halaman deep web ini. Ianya memerlukan sebuah browser khusus untuk anda "menyelam" didalam deep web ini.

Contoh browser yang digunakan oleh seorang yang biasa menelusur halaman deep web ini ialah dengan menggunakan TOR atau dikenali sebagai The Onion Reuter. 

TOR ini ibarat google.com yang menjadi mesin pencari apa yang ada dalam deep web ini.


3) Banyak Aktiviti Haram Didalamnya

Aktiviti haram yang dimaksudkan ialah seperti membeli dan menjual d4d4H, senjata, pembunuh upahan dan banyak lagi. Didalam deep web ini sesiapa pun bebas melakukanya.

Jika pada halaman internet yang public aktiviti ini sudah tentu disekat oleh kerajaan atau pun pihak google kerana apa pun maklumat didalam halaman internet public ini telah dipantau oleh pihak tertentu untuk keamanan dan keharmonian.


4) Banyaknya Konten Pornografi dan Pedofil

Selain daripada aktiviti membeli dan menjual d4d4h, pembunuh upahan, Konten pornografi dan pedofil juga tidak kurang banyaknya. 

Jika pada halaman public ianya disekat jadi halaman deep web ini menjadi jalan kedua untuk mereka yang menginginkan konten pornografi.

cerita tentang deep web



5) Menjual Barang Yang Pelik-Pelik

Didalam Deep Web ini juga terdapat banyak barang yang pelik-pelik dijual didalamnya. Antara barang-barang yang popular dijual didalam  antaranya ialah misteri box yang dijual kadang ratusan ringgit dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Misteri box ini amat popular  bagi youtuber-youtube luar negara.

Mereka lakukan review tentang apa yang ada dalam misteri box, antara barang yang selalu mereka dapat ialah patung yang menyeramkan yang mengatakan terdapat sejarah sebelumnya,

Selain misteri box, ada juga yang menjual janin yang diawet akibat keguguran. Ini mungkin koleksi buat seseorang yang "gila". Tidak tahu siapa yang membelinya pasti menjadi misteri.


Baca Juga : Tips Memilih Smartphone Gaming


Jadi itulah antara 5 fakta yang perlu anda ketahui tentang deep web ini. Deep web ini memang menyeramkan ada juga yang mengatakan sekali anda masuk kedalamnya, pasti anda tidak ingin kembali.

Jangan lupa untuk share artikel ini jika bermanfaat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan