7 Kelebihan Android Q Yang Patut Anda Ketahui. Lebih Baik Dari IOS ?



Adakah anda pengguna tegar smartphone Android? Ada khabar baik untuk anda kerana berkemungkinan tidak lama lagi Android Q akan dikeluarkan. Rasa seperti baru semalam Android Pie keluar sekarang Android Q Pula ?



Menurut laman androidcentral, Beta Android Q sudah dikeluarkan pada 13 mac yang lalu dan nama bagi Android Q ini masih lagi dalam perbincangan. Antara nama-nama yang dicadangkan ialah:
  • Queen Of Pudding
  • Quiche
  • Quesito
  • Quindim
  • Queijadas

Kelebihan-Kelebihan Yang Ada Pada Android Q

Seperti yang kita jangkakan tentang versi Android sebelum ini, setiap kali terdapat versi android yang terbaru pasti banyak penambah baikkan dan fungsi-fungsi terbaru yang menarik telah dibuat.

Jadi untuk Android Q ini apakah kelebihan dan fungsi terbaru yang bakal ditawarkan ? Jom sama-sama kita semak.

1) Mempunyai Variasi Tema Yang Banyak

Pada keluaran beta yang pertama, Android Q kali ini membolehkan anda mengubah suai tema mengikut warna yang ditawarkan. Jenis warna yang ditawarkan ialah biru, hijau,ungu dan hitam.

Untuk keluaran beta yang kedua pula, temanya pula hadir dengan "Pixel Themes". Seperti kita ketahu tentang beta pastinya belum berfungsi secara optima. Jadi marilah kita tunggu versi final bila versi Android Q ini akan keluar.

2) Hadir Dengan Built In Screen Recording

Pada kemaskini android Q nanti terdapat fungsi yang menarik ditawarkan iaitu anda boleh merakam skrin smartphone anda hanya dengan sekali tekan sahaja tanpa perlu memasang aplikasi ke-3 yang boleh anda dapati di google Playstore.



Dengan kelebihan ini, pastinya memudahkan sesiapa yang selalu merakam skrin smartphone mereka kan?

3) Privasi Pengguna Di Pertingkatkan Lagi!

Privasi adalah perkara yang paling penting dalam kemasikini Android Q kali ini. Ianya kerana pihak Google telah menerapkan beberapa fungsi baru dalam app permissions bagi setiap aplikasi. Perkara ini dapat membantu anda untuk lebih memahami serta mengawal apa sebenarnya setiap aplikasi yang berjalan menggunakan akses tertentu.

Sebagai contoh, kadang-kadang bila sedang melayari internet tiba-tiba muncul pop-up yang sedang menanyakan lokasi anda. Dan ini pastinya membuat anda merasa curiga ketika sedang melayari internet. 

Jadi dengan fungsi terbaru Android Q kali ini privasi pengguna dapat dipertingkatkan lagi!

4) Fungsi Dark Mode Atau Tema Gelap Diperkenalkan!

Fungsi kali ini amat menarik bagi kami, kerana secara purata pengguna smartphone android menggunakan smartphone mereka dalam tempoh yang lama sudah pasti boleh menyebabkan mata anda terasa sakit ketika menggunakannya. 

Jadi, Fungsi dark mode atau tema gelap ini diterapkan dalam kemaskini Android Q pasti membuatkan mata anda merasa lega dan selesa ketika menggunakan smartphone anda.


Baca Juga : Cara Menguatkan Signal Wifi Anda

5) Fungsi Perkongsian Menu Di Pertingkatkan!

Perkongsian Menu / Share Menu pada kali ini diberi penambah baikkan oleh kerana pada android sebelum ini apabila share menu dibuka terasa lambat untuk memberi respon.



Jadi, pihak developer Google telah mengambil berat tentang isu ini dan telah dibuat penambah baikkan pada android Q versi beta 1 lepas. Dengan hanya sekali tekan dan muncul secara pantas tidak lagi lambat seperti sebelum ini.

6) Mesra Kepada Smartphone Yang Boleh Lipat/Foldable Phone!

Tahun 2019 ini menjadi permulaan bagi smartphone boleh lipat. Sudah banyak jenis smartphone boleh lipat atau Foldable Phone dikeluarkan dan syarikat-syarikat besar smartphone berlumba-lumba untuk membuatnya sekarang.



Untuk menyambut baik teknologi baru ini, google menyatakan bahawa mereka memberikan bantuan yang terbaik dalam pembikinan Android Q kali ini dan mereka juga menyatakan bahawa Android Q adalah mesra kepada Foldable Phone atau smartphone boleh lipat.

Baca Juga: Aplikasi Baik Untuk Anda Guna Dibulan Ramadhan
\

7) Bila Android Q ini Dilancarkan?



Beta1Android Q ini sudah dilancarkan pada 13 mac 2019 lepas kepada pixel, pixel 2 dan pixel 3. Beta 2 pula dilancarkan pada 3 april lepas. Beta 3 pula keluar pada baru-baru ini pada 3 hari lepas iaitu 7 may 2019.

Jadi jangkaan rasmi Android Q ini dilancarkan ialah pada Q3 atau Q4 tahun ini.


Pastinya pengguna smartphone Android kali ini tidak sabar untuk menantinya kan ? diharapkan Android Q kali ini dapat memberikan kepuasan bagi pengguna android.

Catat Ulasan

0 Ulasan