Aplikasi Untuk Anda Gunakan Dibulan Ramadhan. No 2 Sangat Disyorkan

Bulan suci Ramadhan yang disayangi dan ditunggu-tunggu oleh umat islam diseluruh dunia telah pun tiba. Di Malaysia, bulan ramadhan jatuh pada tanggal 6 Mei serta menjalankan ibadah puasa selama 30 hari. Ini bermakna bulan Ramadhan mulia ini akan berakhir pada tanggal 4 atau 5 bulan jun.

Bulan Ramadhan merupakan bulan anugerah daripada Allah hamba-Nya oleh itu sebaiknya kita mengambil manfaat daripada bulan ini untuk mengerjakan amalan-amalan yang dituntut oleh Allah SWT.

Dunia semakin maju, tambahan pula teknologi kini hanya dihujung jari anda. Jadi gunakan manfaat ini untuk kita memperbanyakkan amalan dan menjalankan segala perintah-Nya.

Jika anda menulis Ramadhan pada kolum pencarian google playstore atau appsstore pada smartphone kini anda boleh dapati pelbagai aplikasi yang bermanfaat untuk anda gunakan.


Jadi pada kali ini kami akan memberikan sedikit kongsian aplikasi yang boleh anda pasang pada smartphone untuk kita manfaatkan bersama dibulan Ramadhan mulia ini.

Jom sama-sama kita semak


1) Qur'an For Android



Mempunyai jumlah pasang yang mencecah 10 juta kali dan memiliki rating 4.7 bintang. Aplikasi ini juga bersifat sederhana dan mudah untuk difahami, Antara kelebihan aplikasi ini ialah memiliki ciri mode gelap untuk keselesaan mata anda, tafsir Al-Quran lebih daripada 20 bahasa dan pelbagai ciri lain yang boleh anda dapati dalam aplikasi ini.

Anda boleh sahaja memuat naik aplikasi ini di sini ( Quran For Android )

2) Muslim Pro - Ramadhan 2019



Menjadi kegemaran kepada jutaan muslim didunia ini kerana sebuah aplikasi pengingat waktu solat dan waktu azan yang tepat. Memiliki ciri poket Al-Quran dalam aplikasi ini yang boleh diterjemah dan pasangkan sekali audio bacaan. 

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk mengetahui kedudukan arah kiblat, kalendar hijrah, kedudukan restoran halal dan kedudukan masjid disekitar anda.

Anda boleh sahaja memuat naik aplikasi ini di sini ( Muslim Pro - Ramadhan 2019 )


3) Ramadhan Legacy



Aplikasi ini juga mempunyai banyak ciri yang boleh anda manfaatkan antaranya ialah pengingat solat serta penunjuk arah kiblat. Tampilan aplikasi ini juga sangat menarik dan sesuai digunakan untuk setiap peringkat umur

Ciri lain aplikasi ini membolehkan anda untuk merancang bulan ramadhan anda sebaik mungkin. Aplikasi ini juga mengandungi ciri Ramadhan Content Feed dimana anda boleh dapatkan penulisan inspirasi dan video tentang Ramadhan.

Anda boleh sahaja memuat naik aplikasi ini di sini ( Ramadhan Legacy )


Baca Juga : Aplikasi Video Editor Untuk Smartphone

3 Aplikasi diatas adalah amat berbaloi untuk anda pasangkan pada smartphone. Ianya bermanfaat dan dapat membantu anda dalam menambahkan lagi amalan kebaikkan kita dibulan Ramadhan ini. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan