Youtube merupakan sebuah laman sesawang menonton video terbesar didunia. Dihalaman Youtube juga anda boleh dapatkan pelbagai manfaat untuk untuk digunakan. Contohnya video-video tutorial, berita, perkembangan dunia semasa dan sebagainya,
Tetapi, anda juga perlu ingat video-video yang telah dimuat naik kedalam laman sesawang Youtube ini juga kadangkala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota anda dalam sekelip mata jika tidak berhati-hati untuk menjimatkan kuota internet anda.
Jadi apakah cara untuk berjimat kuota internet supaya tidak lagi kehabisan tanpa kita sedar ? Anda boleh juga melakukan penjimatan kuota internet dengan aplikasi youtube yang ada sedia pasang di smartphone anda.
Baca Juga : Cara Setting Grafik Tinggi PUBG Mobile Anda
Langkah-Langkah Menjimatkan Kuota Bila Menonton Youtube
Pertama tekan pada akaun Youtube anda. Boleh rujuk gambar diatas jika anda tidak tahu.
Setelah anda masuk ke akaun anda, terdapan pilihan settings disitu kemudian masuk dengan menekan nya.
Setelah masuk ke bahagian Settings, terdapat banyak pilihan pada bahagian tersebut. Hiraukan pilihan yang lain anda cuma harus menekan pada bahagian General sahaja.
Dalam pilihan general, tekan pada limit mobile data usage. Dibahagian ini aplikasi Youtube anda telah menetapkan apabila anda menonton video bukan dalam kualiti HD. Ini kerana semakin besar kualiti video yang anda tonton, maka semakin boroslah penggunaan data internet anda.
Baca Juga : Cara Menguatkan Signal Wifi Dirumah Anda
Macam mana dengan tutorial diatas ? mudahkan. jadi dengan ini sedikit sebanyak anda mampu menjimatkan kuota internet anda. Bermanfaat? kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda dan jangan lupa untuk baca artikel yang lain!!.
Catat Ulasan