Cara Betulkan Apps Launcher Stop Sendiri

Cara Betulkan Apps Launcher Stop Sendiri - Launcher ialah sebuah aturan yang menguruskan halaman tampilan halaman depan iaitu mengumpul icon-icon aplikasi yang terdapat dalam smartphone android kita. Launcher juga membolehkan kita untuk merubah suai tampilan hadapan smartphone dengan sesuai keinginan yang kita mahu.

apps launcher berhenti sendiri


Setiap launcher tidak kira yang asal atau kita muat turun dari google playstore mempunyai ciri dan keistimewaan yang tersendiri terpulang untuk kita memilih untuk menukarnya atau tidak.

Antara fungsi-fungsi menarik yang dibawakan oleh sesebuah launcher android ialah:-

  • Memasukkan aplikasi ke folder yang kita bina.
  • Fungsi membesarkan icon aplikasi
  • mengganti tema 
  • membolehkan kita memaparkan widget bagi aplikasi yang menyokong widget
  • dan banyak lagi yang boleh kita dapati dari sesebuah launcher ini.

Akan tetapi kadang-kadang system launcher juga tidak sempurna, ada masalah sebab itu, ada msalah sebab ini dan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna android berkaitan dengan launcher ini ialah apabila keluar satu mesej mengatakan aplikasi launcher terhenti.

Punca yang selalu menyebabkan system aplikasi launcher anda terhenti ini mungkin berkait rapat dengan ram atau ruangan storage di smartphone anda.

Jadi apakah jalan penyelesaian untuk masalah ini ? teruskan membaca untuk mengetahuinya.


CARA BAIKI APPS LAUNCHER STOP SENDIRI

1) Bersihkan RAM Smartphone
RAM yang tidak dibersihkan secara kerap akan mengundang masalah tidak cukup data untuk proses membuka sesebuah aplikasi. Jadi disini cuba kerapkan bersihkan ram ketika anda tidak menggunakan smartphone untuk sementara waktu.

2) Clear Cache Apps Launcher
Buka pada setting smartphone anda, kemudian pergi ke bahagian aplikasi cari apps launcher anda. kemudian cuba anda clear kan cache dan data aplikasi launcher anda tersebut. dan lihat jika masalah ini berterusan atau tidak.

3) Muat Turun Aplikasi Launcher Di Google PlayStore
Jika Kedua cara diatas anda sudah cuba dan masalah Launcher Stop Sendiri ini masih berterusan, Cuba anda muat turun aplikasi launcher yang ada di google playstore. Ada banyak launcher yang anda boleh dapati seperti nova launcher, go launcher, apex launcher dan banyak lagi aplikasi launcher bersaiz ringan untuk anda cuba.


Baca Juga: Cara Baiki Masalah Error " Unfortunately App Has Stop"

Jadi dengan itu sahajalah cara yang kami sarankan untuk anda betulkan semula apps launcher stop sendiri. Semoga ianya bermanfaat dan jangan lupa untuk kongsikan artikel dan teruskan membaca artikel yang lain.

2 Ulasan

  1. kalau sudah download launcher baru launcher lama boleh pakai kembali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.. cuma kena uninstall kembali launcher yg anda download td.

      Padam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama