Masalah Cas Telepon Lambat Penuh - Pernahkah anda mengalami situasi bahawa telefon anda sudah lama sangat cas tapi peratus bateri masuk begitu je?
mesti rasa rasa ada yang tak kena dengan telefon kita sendiri kan? Admin pun pernah mengalami situasi macam tu rasa macam tak puas hati jer, sebab sebelum ni cas ok jer tak ada masalah.
Sebenarnya ada banyak punca yang boleh menyebabkan masalah cas telefon lambat penuh,
Antaranya daripada penggunaan jenis kabel, kepala charger smartphone, kondisi batteri smarphone dan banyak lagi.
mesti rasa rasa ada yang tak kena dengan telefon kita sendiri kan? Admin pun pernah mengalami situasi macam tu rasa macam tak puas hati jer, sebab sebelum ni cas ok jer tak ada masalah.
Sebenarnya ada banyak punca yang boleh menyebabkan masalah cas telefon lambat penuh,
Antaranya daripada penggunaan jenis kabel, kepala charger smartphone, kondisi batteri smarphone dan banyak lagi.
Masalah Cas Telefon Lambat Penuh
Ok mari kita huraikan lagi tentang bagaimana masalah ini boleh berlaku ke telefon anda.
1) Kabel USB Sudah Rosak
Seperti mana kita tahu kabel usb adalah amat penting untuk smartphone kita menyambungkan hayatnya, ianya boleh juga boleh digunakan untuk pindahkan data dari smartphone ke pc.
Jika kabel usb anda sudah mulai rosak, maka arus elektrik yang dihantar ke smarphone anda juga akan mengalami gangguan dan masalah cas telefon lambat masuk akan timbu
Anda seharusnya menukar kabel usb sekurang-kurangnya 3 bulan sekali bergantung dengan cara penggunaan anda.
Sejak dari itu, admin juga akan menukar kabel usb sekurang-kurang nya 3 bulan sekali.
2) Pakai Kepala Charger Yang Berkualiti
Kepala charger telefon juga memainkan peranan yang penting untuk keberkesanan pengecasan telefon anda.
Jika anda memakai kepala charger yang bukan original, banyak masalah nanti yang akan berlaku seperti bateri rosak dan paling bahaya boleh menyebabkan litar pintas pula.
Pastikan kepala charger telefon anda original sesuai dengan telefon anda.
Ada jenis kepala charger yang menyokong Fast Charging dan ada juga yang tidak menyokongnya. terpulang untuk anda memilih.
Bagi admin, admin akan memilih kepala charger yang menyokong fast charging. Sebab telefon admin ada ciri fast charging.
3) Cas Telefon Sambil Main
Ini selalu ramai yang buat tidak kira umur, lebih-lebih lagi jika anda sedang bermain game.
Cas telefon sambil main ini juga antara salah satu penyebab masalah cas telefon lambat penuh.
Apa yang berlaku disini dimana pengisian cas ke telefon anda tidak stabil kerana jika anda bermain telefon lebih-lebih lagi bermain game penggunaan bateri amat besar dan kemasukkan cas sedikit.
Jadi, pandai-pandailah anda bahagikan masa waktu menggunakan telefon dan waktu untuk mengecas telefon
Jika selalu dibiarkan cas telefon sambil main, bukan sahaja bateri yang rosak tapi telefon anda juga akan rosak nanti.
4) Masalah Port USB Mulai Rosak
masalah ini juga berkait rapat dengan penyebab masalah cas telefon lambat masuk diatas.
Ada yang main sambil cas lah, ada yang menggunakan kabel dan kepala charger tidak sesuai lah.
jadi masalah port usb pun akan timbul kerana longgar atau sudah rosak sepenuhnya.
Tapi sebelum tu, cuba lihat port usb telefon anda bersihkan dulu dengan berus, tahu-tahu habuk banyak masuk dan menyebabkan prestasi pengisian cas telefon anda lambat masuk
Baca Lagi : Cara Download Video Facebook
Jadi itulah penerangan penyebab masalah cas telefon lambat penuh dari kami. Cuba tukarkan kabel usb dan kepala charger dahulu, tahu-tahu kabel sahaja yang bermasalah.
Komen jika anda berjaya selesaikan masalah cas telefon lambat masuk dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini. sekian.
Komen jika anda berjaya selesaikan masalah cas telefon lambat masuk dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini. sekian.
Catat Komen