Penyebab Simkad Tak Boleh Dibaca

Penyebab Simkad Tak Boleh Dibaca - Sim kad atau nama panjangnya Subcriber Identity Module mengandungi cip untuk menyimpan data pelanggan ke jaringan telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan telekomunikasi.


penyebab simkad tak boleh dibaca



Antara pembekal telekomunikasi yang ada di di Malaysia seperti digi, maxis,celcom, umobile dan banyak lagi.


Seperti mana yang kita tahu, telefon tanpa simkad seolah-olah tidak ada gunanya. Tanpa simkad telefon kita tidak boleh membuat panggilan atau menghantar sms antara satu sama lain.


Tanpa simkad juga kita tidak boleh mengakses internet dengan mobile disebabkan tiada jaringan telekomunikasi yang didapati pada telefon anda.


Melainkan, jika ditempat anda mempunyai jaringan wifi tersedia, anda boleh mengakses internet tanpa simkad.


Jadi sebab itu lah pentingnya simkad telefon yang mampu mengakses ciri-ciri utama pada telefon bimbit anda.


Jangan biarkan simkad anda rosak, dan jika rosak anda patut gantikan simkad yang baru dengan pergi ke pusat servis perkhidmatan telekomunikasi untuk menggantikan yang baru.


Penyebab Simkad Tak Boleh Dibaca

Sebenarnya boleh dikatakan banyak penyebab simkad tak boleh dibaca tapi admin akan sediakan 3 penyebab utama kerosakan simkad telefon anda. Teruskan membaca


1) Telefon Bimbit Kerap Panas Penyebab Simkad Tak Boleh Dibaca

Panas yang berlebihan boleh menyebabkan simkad anda rosak.


Seperti mana yang kita tahu, Overheat bukan saha boleh merosakkan simkad kita malah motherboard telefon dan beberapa alatan lain yang berada dalam telefon kita juga boleh rosak.


Untuk elakkan panas melampau pada telefon kita, minimumkan penggunaan telefon dan jangan lupa untuk menghapuskan aplikasi yang sedang berjalan latar belakang.


Dengan menghapus aplikasi yang sedang berjalan pada latar belakang ini mampus meminimunkan penggunaan chipset telefon anda dan tidak menghasilkan haba akibat banyak bekerja dibelakang tabir.


2) Cip Simkad Rosak Teruk Juga Antara Penyebab Simkad Tak Boleh Dibaca

Jika kita melihat pada simkad telefon kita, pastinya ada bentuk cip berwarna kuning bukan?


bersihkan dahulu simkad tersebut dengan menggunakan pemadam, dan cuba pasangkan kembali untuk melihat sama ada simkad masih boleh digunakan atau tidak.


Anda sudah bersihkan dan simkad anda tidak menunjukkan tanda sama ada masih boleh diguna atau tidak. 


Jika masih tidak boleh digunakan bermakna cip pada simkad anda sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.


Anda harus menukar simkad yang baru atau segera menghubungi syarikat pembekal telekomunikasi anda dengan segera!


3) Simkad Sudah Tamat Tempoh Juga Penyebab Simkad Tidak Boleh Dibaca

Ya sudah pastilah simkad anda tidak boleh dibaca kerana sudah tamat tempoh. 


Pada kebiasaanya simkad masih boleh digunakan selama 3 bulan setelah tamat tempoh anda menambah nilai simkad anda.


Ini bukan sahaja menukar simkad tapi anda juga harus menukar nombor yang baharu untuk meletakkan simkad anda di telefon.


Baca Juga: Cara Potong Akaun Astro 2020


Jadi dengan tiga penyebab simkad tidak boleh dibaca adakah satu daripada penyebab diatas ada pada anada? Jika ya segera hubungi pembekal telekomunikasi anda atau menukar ke simkad yang baru.


Semoga ianya bermanfaat dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini. sekian

Post a Comment

Terbaru Lebih lama