Cara Kuatkan Line Signal Telefon? Guna Aplikasi ini

Cara kuatkan line telefon ? Antara situasi buruk yang berlaku kepada pengguna telefon ialah mengalami kehilangan signal line. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi pengguna telefon dan perkara ini selalu terjadi kepada sesiapa yang mempunyai telefon yang bermasalah


Cara Kuatkan Line Signal Telefon


Selain itu juga, telefon yang mempunyai signal line yang lemah berkemungkinan anda berada dikawasan yang sukar untuk telefon anda mendapatkan liputan seperti anda berada di kawasan luar bandar, berada dalam hutan, gua dan sebagainya.


Telefon yang tak ada line amat susahkan? Susah nak berkomunikasi dengan rakan-rakan, keluarga atau rakan kerja jadi perkara ini amat menyulitkan anda.


Jadi maka dengan itu, masalah seperti ini anda boleh gunakan aplikasi penguat line signal telefon.yang anda boleh dapati pada google playstore secara percuma.


Teruskan membaca untuk mengetahui aplikasi tersebut.


Aplikasi Yang Boleh Kuatkan Signal Line Telefon

1) Aplikasi Network Signal Booster

Cara Kuatkan Line Signal Telefon


Merupakan sebuah aplikasi percuma yang dibangunkan RealAppsMaker untuk anda yang ingin menguatkan signal line telefon. Mempunyai jumlah muat turun sekitar 300k dan mempunyai rating 4/5

Aplikasi ini mampu meningkatkan kerja telefon anda dalam mencari line signal supaya tidak terputus dengan pencawang yang terdekat. Selain itu juga, aplikasi ini membolehkan anda menstabilkan signal line telefon yang tidak menentu.
Untuk menggunakan aplikasi ini anda cuma perlu tekan butang boost pada skrin yang dipaparkan dan lihat kesanya. Anda boleh dapati aplikasi ini di Google Playstore

2) Force LTE Only ( Kuatkan Signal 4g Telefon )

Cara Kuatkan Line Signal Telefon


Satu lagi aplikasi penguat signal line telefon anda iaitu aplikasi Force Lte Only. Aplikasi ini mempunyai jumlah muat turun sekitar sejuta kali dan mempunya rating yang boleh juga iaitu sekitar 4.1/5 bintang.
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh menetapkan jalur jaringan yang anda inginkan kepada telefon anda. Contohnya jika anda ingin menetapkan telefon anda hanya dalam keadaan mode Lte, dalam aplikasi ini anda boleh menukar daripada automatik kepada mode LTE sahaja.

Namun aplikasi ini juga mempunyai kelemahan, iaitu jika anda sudah menetapkan telefon anda kepada mode lte tetapi dikawasan anda tidak mempunyai rangkaian lte berkemungkinan besar telefon anda tidak akan menerima sebarang signal line. Jadi anda kena set semula daripada Lte Only kepada LTE/3G/2G semula.

Untuk anda yang mempunyai masalah signal line yang kerap berubah boleh cuba aplikasi ini,


3) Connection Stabilizer Booster *ROOTED*( Cara Stabilkan Signal Line Telefon )

Cara Kuatkan Line Signal Telefon



Bagi anda yang mempunyai telefon rooted, anda boleh menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini berfungsi sebagai penyambung semula rangkaian yang kerap kali terputus serta menstabilkan telefon yang mempunyai masalah rangkaian.

Masalah rangkaian selalu berlaku contohnya pada waktu puncak orang menggunakan telefon, kesesakan dalam rangkaian yang menampung ramai pengguna dalam satu ada punca rangkaian telefon anda tidak stabil.

Selain itu, aplikasi ini mempunyai reka bentuk yang mudah difahami membolehkan anda menggunakanya dengan mudah. Mempunyai jumlah muat turun hampir 100ribu dan rating yang diberikan dalam 4.3/5 bintang cukup membuktikan aplikasi ini banyak membantu.



Demikianlah berikut adalah 3 aplikasi ini yang dapat membantu anda dalam cara kuatkan line signal telefon. Semoga ianya dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah line signal yang terputu-putus atau line signal tidak stabil. sekian.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama