Cara Melihat Password Yang Disimpan Dalam Chrome

Google Chrome ialah antara salah satu web browser yang popular digunakan didunia. Tidak kira pelajar, ahli-ahli profesional yang lain kebanyakkanya menggunakan Google Chrome sebagai platform browser utama yang digunakan dalam melayar internet.


cara lihat password yang disimpan dalam chrome



Ada banyak kelebihan yang boleh kita dapati apabila menggunakan browser ini antaranya ialah:
  • Sangat laju ketika anda melayari internet berbanding dengan browser yang lain
  • Melindungi anda daripada serangan-serangan Malware dari website-website.
  • Mempunyai ciri incognito mode ( Privasi )
  • Dapat mengingat password yang disimpan

Siapa yang belum cuba browser chrome ini, admin sarankan anda untuk menggunakanya.


Ok berbalik pada tajuk kita kali ini iaitu cara melihat password yang disimpan dalam chrome, Admin akan cuba kongsikan bagaimana cara untuk melihatnya. 


Ya lah, kadang kita akan gunakan juga browser google chrome ini pada telefon atau komputer yang lain. Jadi mungkin sudah banyak password-password yang disimpan sampai terlupa untuk mencatat password yang kita tulis.


Jom teruskan baca untuk sama-sama kita mengetahuinya.


Cara Melihat Password Yang Disimpan Dalam Google Chrome


Ikuti langkah-langkah dibawah untuk dapatkan password dalam chrome:

cara lihat password yang disimpan dalam chrome


1) Buka google chrome anda, dan lihat dan tekan pada bahagian atas sebalah kanan ada 3 titik melurus.


2) Pada bahagian setting anda klik bahagian Password pula


cara lihat password yang disimpan dalam chrome



3) Apabila anda sudah klik pada bahagian password, chrome akan paparkan senarai website yang anda menyimpan password. 


cara lihat password yang disimpan dalam chrome



Sebelum anda paparkan password, Chrome akan mendapatkan pengesahan dahulu daripada anda dengan memasukkan password komputer milik anda.



Ok diatas adalah penerangan tentang bagaimana cara melihat password yang disimpan oleh google chrome, Begitu mudah sekali untuk kita melihatnya.




Jadi adakah anda sudah dapat melihat password anda? Jangan lupa untuk tulis semula password tersebut dibuku atau kertas ye supaya tak lupa lagi. Berakhirlah topik kita kali ini semoga ianya bermanfaat.

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama