Cara Semak No Telefon Yang Tak Dikenali [ Nombor-Malaysia-Pun-Boleh-Semak ]

Cara Semak No Telefon Yang Tak Dikenali - Mesti pernah dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bukan? Mesti tertanya-tanya siapa yang buat panggilan kepada kita dan lagi satu nombor telefon tersebut tidak tersenarai dalam rakan kita.


semak no telefon yang tidak dikenali




Kadang-kadang kita takut nak angkat panggilan tersebut, mungkin anda berprasangka ianya cuma scammer yang ingin mencari mangsa ataupun bank-bank yang ingin menuntut pembayaran daripada anda.


Akhirnya anda biarkan sahaja panggilan tersebut tanpa anda menjawabnya.


Jadi persoalannya disini bolehkah kita mengetahui pemilik nombor telefon yang membuat panggilan kepada kita? sedangkan kita tidak pun menyimpan nombornya.


Jawapanya ialah boleh, anda boleh mengetahuinya dengan menggunakan aplikasi ataupun website yang tersedia. Untuk mengetahuinya jom semak langkah-langkahnya dibawah.


Semak No Telefon Yang Tidak Dikenali


1) Menggunakan Aplikasi Truecaller Atau Websitenya Untuk Semak No Tak Dikenali



semak no telefon tak dikenali



Anda boleh dapatkan aplikasi ini di google playstore secara percuma tanpa bayaran. Aplikasi ini boleh membantu anda dalam mengenalpasti individu yang membuat panggilan kepada anda. Muatturun dan pasangkan sahaja seperti biasa dan anda boleh gunakanya.


Jika anda tidak ingin pasang aplikasi tersebut dalam telefon anda, anda boleh layari terus ke website mereka iaitu https://www.truecaller.com.


semak no telefon tak dikenali



Untuk menggunakan cara mengesan melalui website truecaller ini, anda dikehendaki log in terlebih dahulu menggunakan akaun google anda atau akaun microsoft anda dan penggunaan carian no telefon anda juga dihadkan..





2) Ketahui No Tak Dikenali Menggunakan Website  Whose Number Is This


https://www.expandroiders.com/2020/07semak no telefon yang tidak dikenalicara-padam-data-telefon-yang-hilang.html



Selain cara diatas, anda boleh gunakan cara ini iaitu pergi sahaja ke website https://www.whoseno.com/ Website ini sama seperti website truecaller diatas membolehkan anda untuk mengenal pasti pemilik nombor telefon. Langkah-langkah penggunaanya anda boleh semak dibawah


  • masukkan nombor yang anda ingin ketahui siapa pemiliknya
  • Klik pada butang carian
  • Tunggu masa carian dalam lebih kurang seminit lebih.
  • Setelah waktu menunggu tamat, Skrin akan terpapar nama pemilik nombor tersebut.


semak no telefon yang tidak dikenali



Melalui website ini, anda boleh ketahui nama dan telco yang dipakai oleh pemilik tersebut. Cubalah dengan menaip nombor telefon anda.




Semua cara diatas harap dapat membantu anda untuk semak no telefon yang tidak dikenali, Dan jika anda menggunakan aplikasi atau website tersebut anda tidaklah teragak-agak untuk mengangkat panggilan telefon anda walau anda tidak menyimpan nombor mereka.



Itu sahaja untuk kali ini, Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain. Dan jika rasa ianya bermanfaat kongsikan artikel ini. Sekian

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama