Semak Bil Elektrik SESB Online Mudah Dan Senang

Semak Bil Elektrik SESB Online - Sekarang anda tidak perlu untuk bersusah payah lagi menunggu giliran untuk membayar bil SESB anda, selaras dengan pembangunan teknologi ketika ini pihak SESB menawarkan anda untuk membayar bil elektrik secara online. Dengan menggunakan handphone atau pc anda boleh membayarnya secara online.

semak bil elektrik sesb online


Jom semak bagaimana cara buat semakkan bil elektrik sesb online, Apa yang kita perlukan ialah nombor akaun bill SESB anda yang boleh didapati bil invois yang diberikan setiap bulan. seperti gambar dibawah

semak bil elektrik sesb online


Jadi apabila anda sudah kenal pasti no akaun SESB anda, terus sahaja ke laman Online Customer Service mereka iaitu pautan ini https://ocs.sesb.com.my/OCS_QUICK/

Setelah sampai ke laman OCS mereka masukkan no akaun SESB anda ke ruangan tertera. dengan menempatkan kod stesen pada bahagian ruangan sebelah kiri manakala no akaun anda tempatkan pada bahagian ruangan sebelah kanan. Anda juga boleh lihat gambar dibawah untuk kepastian.

semak bil elektrik sesb online


Setelah anda berhasil melakukan carian berkaitan bill elektrik SESB anda, anda akan dapati maklumat-maklumat yang dipaparkan pada skrin tersebut. Pastikan ianya benar-benar bil anda buat semakan semula nombor bil yang tertera pada skrin.

semak bil elektrik sesb online


Jika anda sudah berpuas hati dengan maklumat yang tertera pada skrin dan ingin membuat pembayaran secara online, anda tekanlah pada bahagian "PAY NOW". Anda diberi banyak cara untuk melakukan pembayaran iaitu sama ada melalui kaedah Jom Pay, E-waller atau Online Banking.


Baca Juga : Aplikasi Berbaloi Digunakan Ketika Bulan Ramadhan

Dengan cara diatas amat mudahkan tentang bagaimana cara semak bil elektrik sesb, Jadi tak payah lagi kita beratur panjang di pejabat pos, kaunter SESB atau kiosk SESB untuk membayar bil elektrik SESB kita. Semoga ianya bermanfaat dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan atau keluarga anda. Sekian terima kasih



Post a Comment

Terbaru Lebih lama