Cara Nak Buat Whatsapp Auto Reply [ Ikuti-Langkah-Mudah-Ini ]

Cara Nak Buat Whatsapp Auto Reply - Anda merupakan salah satu daripada peniaga online? Pasti anda pernah merasa penat ketika melayan satu-satu pelanggan anda di whatsapp. Ketika itu anda menaip ulang-ulang secara terperinci tentang produk jualan anda.


cara nak buat auto respon whatsapp



Kalau seorang dua pelanggan yang anda kena layan tidak apa lagi. Tapi ini kalau dah sampai berpuluh pelanggan yang anda ingin layan penat juga kan. Jadi persoalannya disini adakah sesuatu cara untuk memudahkan lagi masalah ini?


Jawapanya Ada.


Terdapat dua cara nak buat whatsapp auto reply ini telefon anda, boleh semak dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


Cara Nak Buat Whatsapp Auto Reply Dengan Mudah


Cara Nak Buat Whatsapp Business Auto Reply


Jika anda menggunakan Whatsapp Business terdapat ciri auto reply ini dibahagian setting. Anda cuma perlu masuk keruangan setting dan tekan pada ruangan Business Tool 


cara nak buat auto reply whatsapp



Kemudian pada bahagian Messaging Tool tekan pada ruangan "Away Message" 


Edit ayat sesuai dengan keinginan anda. Anda boleh paparkan terus harga dan butiran produk anda.


Diatas adalah merupakan cara nak buat auto reply whatsapp yang pertama kami kongsikan. Ada lagi cara lain yang boleh anda gunakan untuk buat autoreply whatsapp ini iaitu menggunakan aplikasi ketiga. Iaitu anda harus muat turun aplikasi di playstore telefon anda.


Cara Nak Buat Whatsapp Auto Reply Menggunakan Apps

1)Caranya mudah sahaja muat turun aplikasi Auto Responder WA di google Playstore. Pasang aplikasi seperti biasa ditelefon anda.


cara nak buat auto respon whatsapp




2)Klik pada Get Started selepas itu ia akan membawa anda untuk meminta kebenaran notifikasi dan auto restart berikan sahaja akses tersebut untuk keberkesanan aplikasi ini pada telefon anda. 



3) Masuk kembali ke aplikasi AutoResponder WA yang anda muat turun tadi,



4) Pada bagian Received Message anda ubah kepada ayat yang anda inginkan. Contohnya, jika anda jual telefon tulis je "Pm telefon", atau jual baju tulis " Pm Baju" atau apa sahaja ayat yang anda inginkan. Dibawahnya pula tandakan pada "Similarity match".

cara nak buat auto respon whatsapp



5) Kemudian lihat pula pada bahagian Reply Message, Tuliskan butiran tentang produk anda jual seperti harga, varian, butiran lain sesuai dengan produk anda tersebut. Dibahagian Reply Message ini, perkara yang lain tak payah ubah pun  sudah ok.

cara nak buat auto respon whatsapp




Bagaimana dengan cara-cara nak buat auto reply whatsapp? Mudah kan? Sekarang dah tak payah fikir penat sebab ada bot yang tolong kita reply message, apatah lagi banyak memang tak de hal lah. Anda cuma perlu balas ketika mereka membalas auto reply anda. Cara ini sesuai bagi anda yang mempunya perniagaan online.



Dengan itu sekian sahaj perkongsia dari kami setakat ini. Semoga ianya bermanfaat dan jangan lupa untuk kongsikan cara ini di sosial media anda. Sekian

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama