Cara nak download video Tiktok tanpa watermark - Tiktok merupakan sebuah platform media sosial yang pantas berkembang diseluruh dunia dengan membolehkan para penggunanya mengongsikan video-video pendek untuk menjadi tontonan ramai.
Tiktok juga tidak kurang hebatnya kerana mampu menawan hati penggunanya tidak kira muda ataupun yang sudah berumur kerana tiktok boleh dikategorikan sebagai platform media sosial yang mesra pengguna dan mudah difahami.
Dalam banyak-banyak video yang kita telah lihat ditiktok pasti ada terdapat video yang kita suka dan ingin menyimpannya bukan? Kali ini admin akan mengongsikan bagaimana cara untuk download video tiktok tanpa watermark.
Download Video Tiktok Tanpa Watermark Di Lovetik.com
Anda boleh download video tiktok tanpa watermark ini di laman web Lovetik.com. Laman web ini membolehkan anda untuk mendownload apa sahaja video tiktok tanpa watermark tiktok lagi.
Antara kelebihan-kelebihan Lovetik.com ini:-
- Percuma tanpa langganan
- Boleh gunakan semua browser telefon atau pc
- Kualiti video terjaga
- Paling penting, Ianya tanpa Watermark.
Cara Download Video Tiktok Menggunakan Lovetik.com
- Buka aplikasi tiktok di telefon anda
- Cari dan tentukan video yang anda inginkan
- kemudian, pilih pada bahagian share dan tekan pada copy link
- Masuk pada laman web Lovetik.com, dan pastekan sahaja pada laman web tersebut.
- terdapat 3 pilihan anda boleh pilih iaitu tanpa watermark, dengan watermark atau format mp3 ( audio )
- Klik pada butang download tertera dan tunggu video selesai download.
Catat Ulasan