Cara Nak Masuk FYP TikTok Dengan Mudah

Cara Nak Masuk FYP TikTok Dengan Mudah - Tiktok merupakan sebuah laman sosial yang semakin berkembang dari masa ke semasa. Ianya membolehkan para pengguna mengongsikan video-video pendek. 


cara nak masuk fyp



Akan tetapi jika video anda tidak FYP berkemungkinan video anda tersebut tidak ramai yang akan melihatnya.


Apa Itu FYP Tiktok?

Bagi pengguna TikTok tegar, anda mungkin sudah mengetahui apa maksud perkataan Fyp tersebut bukan? Bagi yang belum mengetahuinya Fyp ialah singkatan daripada "For You Page" iaitu video yang pertama kali muncul dalam aplikasi tiktok anda.

cara nak masuk fyp


Cara Nak Masuk FYP Tiktok, Susah Ker?

Untuk jadikan video Tiktok masuk fyp bukanlah senang tetapi ada cara dan tips yang boleh anda lakukan supaya video anda mempunyai peratusan tinggi masuk fyp, antaranya ialah:-


    1. Buat Video Yang Unik Untuk Masuk FYP Tiktok

      Maksud unik disini ialah anda buat video yang tidak mengikuti cara atau meniru sesiapa pun. Buatlah video yang asli dari ilham kamu sendiri. Seperti mana ramai tiktoker terkenal buat video. Elakkan upload semula video orang lain kerana cara ini membuatkan video yang anda upload tersebut akan jauh dari algorima fyp tiktok.



    2. Buat Paparan Video Yang Berkualiti.

      Salah satu cara dan tips untuk masuk FYP, video anda haruslah mempunyai kualiti resolusi yang baik. Video seharusnya jelas terang apabila ditonton tidak kabur dan seperti tersekat-sekat. Ini kerana apabila video anda tidak mempunyai kualiti tinggi, berkemungkinan orang lain tidak berminat untuk menonton video anda menyebabkan jumlah tontonan kurang.


    3. Gunakan Lagu Latar Belakang Yang Sedang Viral

      Ramai yang beranggapan bahawa penggunaan lagu dalam tiktok tidak mempengaruhi jumlah penonton di tiktok. Jika anda pun beranggapan seperti itu, anda juga salah sebenarnya. Pemilihan lagu dalam latar belakang video anda juga memainkan peranan yang penting untuk jadikan video anda masuk fyp. Pilih lagu yang popular atau sedang viral dan masukkan sekali dalam video anda.


    4. Jangan Lupa Letak Hashtag!

      Selain pemilihan lagu latar belakang, penggunaan hashtag yang sebetulnya juga memainkan peranan penting untuk masuk fyp. semak kembali video anda tentang apa dan masukkan hashtag yang sesuai. Contohnya jika video anda tentang masakkan, masukkan hashtag berkaitan masakkan. Jangan sesekali masukkan hashtag yang tidak berkaitan.


    5. Ikuti Challenge Yang Trending Di Tiktok

      Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja challenge baru yang diperkenalkan oleh pengguna tiktok yang lain. Jadi ambil peluang ini dengan membuat video kamu sendiri untuk ikuti challenge yang ada. Tetapi kena ingat, jangan lupa letak hashtag challenge ini dalam caption kamu ya.


    6. Berinteraksi Dengan Pengguna Tiktok Yang Lain.

      Ini penting bagi seorang yang baru bermula menggunakan tiktok. Sebabnya kenapa, Jika anda seorang yang ramah dengan pengguna lain tidak mustahil mereka akan ke profile anda untuk melihat video anda. Kehadiran pengguna lain juga mampu meningkatkan lagi engagement dalam video anda. Dan inilah sebenarnya yang kita mahukan mereka meninggalkan ulasan dan like ke video kita. semakin banyak audience engagement terhadap video kita, maka semakin tinggi peratusan video kita untuk masuk fyp tiktok


Video Masuk FYP Dengan ikuti Langkah Diatas?

Jika sudah masuk fyp, Jangan lupa untuk lakukan kembali tips diatas. Lakukanlah dengan berterusan supaya setiap video yang anda posting akan sentiasa masuk fyp. Ini kerana tidak semua video yang kita hantarkan akan masuk fyp. Tetapi jika kita sentiasa berusaha dan rajin ikuti trend semasa tidak mustahil setiap video anda akan masuk fyp.




Akhir kata, Semoga dengan 6 Tips diatas tentang bagaimana cara nak masuk fyp tiktok dapat membantu anda sedikit sebanyak. Jangan lupa untuk sharekan artikel ini. Sekian terima kasih.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama