Kenali Tajuk Lagu Menggunakan Smartphone

Cara Kenali Tajuk Lagu Menggunakan Smartphone - Kita selalu mendengar lagu di raduio, kaca tv dan sebagainya. Kadangkadang lagu yang dipasangkan membuatkan kita tertarik pada lagu tersebut mungkin kerana ianya bersesuaian dengan "Style" kita atau sesuai dengan jiwa. Masalah akan timbul jika kita tidak mengetahui tajuk lagu dan sentiasa tertanya-tanya akan tajuk lagu tersebut.

Cara Ketahui Tajuk Lagu



Jika lagu tersebut dinyanyikan dengan bahasa melayu mungkin kita akan senang untuk mencari apakah tajuk lagu tersebut. Tetapi, jika lagu tersebut dimainkan dengan bahasa Inggeris atau sebagainya adakah kita mampu mencarinya dengan mudah ?

Bagi menyelesaikan masalah seperti ini kami akan memberikan sedikit tips berkenaan cara mencari tajuk lagu menggunakan smartphone anda dengan mudah. Terdapat pelbagai jenis aplikasi yang mampu membawa anda unuk selesaikan masalah ini.

Baca Juga : Punca Smartphone Anda Berat

Aplikasi Mengenali Tajuk Lagu

 1 ) Aplikasi Shazam

  • Aplikasi ini merupakan aplikasi yang amat popular didunia. Mempunyai jumlah muat turun yang begitu besar iaitu dalam lingkungan 550 juta kali muat turun. Untuk kenali tajuk lagu yang anda inginkan anda cuma perlu membuka apikasi ini dan halakan smartphone anda ke speaker untuk proses pengeceman lagu.

  • Aplikasi ini berfungsi dengan menggunakan akses internet menerusi rangkaian smartphone anda. Selain tajuk lagu ianya juga berfungsi memaparkan album, dan beberapa informasi lain untuk anda ketahui berkenaan dengan lagu tersebut.
  • Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang mampu untuk mengenal tajuk lagu. Ianya mempunyai kelasnya tersendiri. Cara penggunaan yang sama seperti aplikasi Shazam dengan merakam lagu yang telah dimainkan dan kemudian informasi sampai untuk anda.
  • Aplikasi ini jadi sempurna apabila dilengkapi dengan ciri Gracenote dapat membantu anda dalam pencarian maklumat lagu yang anda inginkan.
3 ) Sound Hound Music Search
  • Hanya menggunakan pencarian suara sebagai medium untuk anda mencari maklumat lagu yang anda inginkan seperti lirik, tajuk lagu, dan artis yang menyanyikan. Yang terbaiknya aplikasi ini mampu mengeluarkan maklumat-maklumat secara pantas untuk anda.
Baca Juga : Larangan Sebelum Mengecas Smartphone
Dengan Aplikasi-Aplikasi seperti ini semoga dapat membantu permaalahan anda. Kini anda boleh ketahui tajuk apabila lagu tersebut dimainkan lagi. Semoga dengan post ini dapat membantu anda. Silalah baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat yang lain.

Larangan Sebelum Mengecas Smartphone Anda

bateri mudah rosak

Penggunaan smartphone yang kini semakin meluas dikalangan semua golongan pada masa kini banyak membantu manusia dalam urusan kerja seharian. Namun, Smartphone juga mempunyai kelemahan yang tersendiri kerana ianya juga memerlukan cas elektrik untuk diguna pakai.

Baca Juga : Punca- Punca Smartphone Anda Terasa Berat
Untuk itu, Kami akan memberikan sedikit tips untuk anda tentang Larangan Sebelum Anda Mengecas  Smartphone. 

Larangan Pertama

  • Jangan Biarkan anda menunggu sehingga bateri smartphone anda telah mencecah 0%. Ini kerana ianya akan melemahkan bateri smartphone anda dan seterusnya akan mudah rosak

Larangan Kedua

  • Pada kebiasaanya kita akan mengecas smartphone pada waktu sebelum tidur. Malangnya, hal ini juga boleh merosakkan batteri smartphone kerana ianya boleh mengakibatkan lebihan kapasiti ianya juga boleh menyebabkan panas dan akhirnya boleh meletup.

 Larangan Ketiga

  • Jangan biasakan bateri smartphone anda dicaj menggunakan "charger clip". Ianya tidak dapat menjamin kualiti bateri anda sebaliknya kualitinya juga rendah. Dan kadang-kadang ianya tidak sesuai untuk kapasiti batteri smartphone anda untuk digunakan.
batteri kembung

Larangan Keempat

  • Elakkan anda meletakkan smartphone anda yang tengah dicas masuk diatas tilam atau tempat-tempat yang lebut dengan kain. Ini kerana ianya mudah menghasilkan haba akibat daripada haba yang terperangkap. Ianya merosakkan dan menyebabklan smartphone anda mudah panas.
 
 Baca Juga : Tanda Bateri Smartphone Akan Rosak

 Dengan itu, Semoga post pada kali ini bermanfaat untuk anda. Sekaligus dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara larangan diatas demi kualiti smartphone kita dijaga. Sekian Terima Kasih

Cara Mengetahui Siapa Telah Baca Mesej Anda Dalam Group Whatsapp

Tahun lepas, Whatsapp telah memperkenalkan ciri yang terbaru iaitu "Double Tick" biru untuk mengetahui mesej anda telah dibaca atau pun tidak. Double Tick akan menjadi biru apabila anda telah menghantar mesej kepada rakan anda dan telah membacanya. Jadi bagaimana pula jika anda menghantar mesej kepada group whatsapp anda?

Kini anda juga boleh mengetahuinya siapa yang diantara member dalam group whatsapp anda yang telah membaca mesej yang anda telah hantarkan,

Caranya adalah seperti berikut :-

  • Buka Aplikasi Whatsapp anda
  • Pilih Group Whatsapp yang anda inginkan
  • Tekan dan tahan mesej yang anda telah hantarkan
  • Tekan Simbol "i" iaitu simbole informasi
  •  Kini anda bole melihat siapa yang sudah membaca mesej anda.

Pada siapa yang belum membaca mesej yang anda telah hantarkan akan disenaraikan dalam "Delivered To". Dengan ini sahaja perkongsian kami pada kali ini semoga ianya bermanfaat untuk anda dan Terima kasih kerana membacanya.

Aplikasi Android Khusus Untuk Wanita Period

Aplikasi Mengira Kitaran Haid Wanita - Aplikasi ini membantu para wanita dalam mengira kitaran haid mereka. Ianya membantu golongan wanita dalam mengenalpasti bilakah tarikh kesuburan, proses ovulasi dan kitaran haid wanita yang menggunakan aplikasi ini. Dengan aplikasi ini juga anda boleh merancang keluarga dengan baik dengan adanya kelebihan-kelebihan yang disebutkan diatas.

aplikasi untuk wanita period


Nama aplikasi tersebut ialah Aplikasi Period Calendar dan anda boleh dapati aplikasi ini secara perucma di Google Playstore. Ramai wanita pengguna smartphone android telah menggunakan aplikasi ini. Secara tidak langsung aplikasi period calendar ini telah menjadi buku diary rahsia buat wanita.

Baca Juga : Telekung Reehans Pilihan Muslimah 

Kelebihan Lain Aplikasi Period Kalendar Ini :-

  1. Memberikan informasi peluang kehamilan bagi isteri yang sudah berumahtangga
  2. Segala data yang telah direkodkan boleh backup menggunakan Google Account dan boleh restore pada bila-bila masa.
  3. Aplikasi mempunyai desain yang unik dan sesua dengan wanita.
  4. Mempunyai Mode "Sedang Hamil" dan " Selepas Hamil"
  5. menganggarkan tarikh period, ovulasi dan kesuburan.
  6. banyak lagi kelebihan bila anda sudah memasang aplikasi ini.
Baca Juga : Cara Share Lagu Di Moment WeChat

Dengan aplikasi ini sangat-sangat membantu bagi para wanita diluar sana. Selain itu juga, membolehkan anda mencatit semua informasi berkaitan dengan keadaan badan anda. Semoga dengan entry Aplikasi Kalendar Period Untuk Wanita dapat membantu anda.

Jangan lupa untuk membaca entry lain dari kami untuk ketahui maklumat seterusnya. Sekian Terima Kasih


3 Punca Smartphone Anda Terasa Berat

Punca Smartphone Anda Terasa Lagging -Smartphone yang sering lagg pasti anda sering mengalami situasi tersebut. Apabila anda sedang menggunakan smartphone dan tiba-tiba smartphone anda mula lagging dan ini sudah semestinya akan mengganggu anda untuk menggunakan smartphone dalam tujuan tertentu. Masalah ini patut diatasi dengan segera dengan mengetahui punca utama masalah lagging pada smartphone anda.

Kontest SEO Sedang Dijalankan ketika ini. Baca : Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Adakah anda mengetahui punca kenapa smartphone anda mula mengalami lagging? Walaupun smartphone tersebut itu baru sahaja anda membeli namun masalah itu tetap ada. Kali ini ExpanDroider akan memberikan informasi berkenaan Punca Utama Smartphone Anda Lagging

Punca Smartphone Terasa Berat Atau Lagging

1) Masalah Eksternal Memory

  • Kini ramai yang cuma memerhatikan kapasiti yang besar berbanding jenis Class Memory yang ingin dipakai. Class memory kad yang terbaik ialah Class 10 yang mempunyai kecepatan dalam membaca data dan menulis data. Sebaliknya jika memori kad anda diantara memori kad yang tidak sebaik class 10 maka smartphone anda berpotensi berlakunya lagging.

 2) Faktor Penggunaan Ram Yang Banyak

  • Smartphone yang seringkali mengalami lagging ini adalah berpunca daripada faktor penggunaan ram yang sangat banyak. Apabila RAM semakin digunakan maka smartphone anda juga berpotensi untuk mengalami masalah ini. Sebaliknya, Anda perlulah sentiasa clear RAM pada RAM Manager yang ada pada smartphone anda.
  • Selain itu juga, Kurangkan penggunaan aplikasi yang banyak dalam satu-satu masa untuk membantu anda dalam menghindari daripada msalah ini berlaku.

3) Smartphone Tidak Dikemaskini Ke Sistem Baru

  • Tidak kemaskini smartphone ke sistem baru juga merupakan antara salah satu faktor yang membolehkan smartphone anda mengalami lagging. Ini kerana banyak aplikasi-aplikasi yang telah diadaptasikan dengan sistem operasi yang baru membuatkan smartphone anda ketinggalam dan tidak stabil. Saranan daripada kami, Kemaskinilah sistem operasi anda
 
Baca Juga : Mengembalikan Chat WhatsApp Yang Terpadam

 Adakah anda mengalami salah satu faktor diatas? Jaga smartphone anda dengan baik agar tidak mengalami masalah-masalah seperti lagging ketika anda sedang rancak menggunakan smartphone anda. Semoga dengan informasi diatas Punca Smartphone Anda Terasa Berat dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah lagging pada smartphone.

Jangan lupa untuk membaca artikel kami yang lain untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Sekian terima kasih.

Aplikasi Video Editor Untuk Smartphone Android

Video Editor Untuk Smartphone Android - Perkembangan teknologi smartphone ini sangat membantu kita dalam urusan kerja yang sering membebankan kita. Smartphone juga boleh berfungsi dalam fungsi-fungsi tertentu. Selain mampu mengedit gambar, dengan Melalui smartphone juga anda boleh mengedit video mengikut kesukaan anda.

aplikasi mengedit video terbaik


Pihak pembangun aplikasi bersaing antara satu sama yang lain untuk membina aplikasi yang mempumyai fungsi dalam mengedit video. Ada yang sudah terdapat dalam google Playstore atau pun masih sedang dibangunkan. Bagi anda yang suka mengedit video dan bingung dalam pemilihan aplikasi mengedit video, Expandroiders akan memberikan sedikit informasi berkenaan Aplikasi mengedit video yang patut untuk anda cuba.

Sebuah Kontest SEO Sedang Dijalankan : Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Aplikasi Mengedit Video Yang Terbaik Untuk Anda

Bibawah adalah informasi berkenaan aplikasi dan anda boleh memuat turun aplikasi tersebut berdasarkan pautan yang diberikan.

1) VidTrim - Video Trimmer
  • Sebuah aplikasi video editor mempunyai fungsi yang banyak untuk anda mengedit video dan menukar format video yang anda inginkan. Aplikasi ini baik untuk smartphone yang mempunyai kurang sokongan dengan sesetengah format video anda. anda boleh menukar format video yaang dapat menyokong video player anda. VidTrim
2) SocialCam
  • Aplikasi video Editor yang kedua untuk anda patut cuba ialah socialCam. Aplikasi mempunyai pengguna yang banyak kerana ianya terbukti baik untuk anda gunakan. Berfungsi untuk mengedit video selain itu juga anda boleh berkongsi kepada rakan anda melalui social media. Muat turun Aplikasi Video Editor ini SocialCam
3) Video Maker Pro Free
  • Sebuah aplikasi video editor mempunyai fungsi yang banyak untuk anda mengedit video.Antara fungsi-fungsi yang berguna untuk anda ialah video frames, latar belakang suara, dan banyak lagi fungsi-fungsi yang patut anda cuba.. Muat turun Aplikasi dengan percuma di Google PlayStore Video Maker Pro Free
4) Free Movie Editor
  • Sama seperti aplikasi mengedit video yang lain. anda boleh mengedit video sesuka hati anda berdasarkan fungsi yang diberikan untuk anda gunakan. Selain itu juga anda boleh berkongsi video hasil edit daripada anda ke sosial media. Muat turun aplikasi Free Movie Editor 

  Baca Juga : Aplikasi GPS Terbaik Untuk Anda Gunakan

Dengan 4 Aplikasi Video Editor diatas semoga dapat membantu anda dalam pemilihan Aplikasi video editor yang terbaik untuk smartphone anda gunakan. Semoga bermanfaat. Jom Like Facebook Fans kami..

Baca Artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian terima kasih

Perbaiki Google PlayStore Tidak Dapat Dibuka

Play Store Tidak boleh Dibuka - Masalah Google Playstore tidak dapat dibuka ini terjadi kepada ramai pengguna android. Membuatkan pengguna android tersebut bingung dan tidak tahu bagaimana cara untuk memperbaikinya. Masalah ini juga boleh berlaku kepada pengguna android yang sering  mengubah suai sitem dalaman android. Seperti mendapatkan akses root, mengubah sistem, dan lain-lain lagi.

Satu Kontest SEO Sedang dijalankan sekarang. Baca Entry ini pula : Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Apabila anda membuka Google Playstore yang mempunyai masalah pastinya ia akan muncul pop out seperti " Unfortunately, the process com.google.process.gapps has stopped " dan perkara ini akan mnyukarkan anda untuk memuat turun aplikasi yang ada pada Google Playstore. Jika anda merupakan pengguna android yang sedang mengalami masalah seperti ini boleh lah anda merujuk pada perenggan dibaah untuk memperbaikinya.

Cara Memperbaiki Google PlayStore Tidak Dapat Dibuka

Berikut adalah cara yang mudah untuk anda gunakan:-
  • Buka pada Setting Smartphone anda.
  • Tap pada "Application Manager"
  • Tap pada All Applicatiojn juga.
  • Kemudian tap pada Option dan Pilih "Reset App preferrence"
  • Reboot dan cuba buka kembali Google PlayStore itu kembali.

playstore tidak dapat dibuka



Cara diatas adalah cara yang paling mudah. tidak memerlukan akses root untuk melakukanya. Semoga dengan entry kali ini berkenaan Perbaiki Google PlayStore Tidak Dapat Dibuka dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah ini.

Baca Juga : Cara Share Lagu Di Moment Wechat

Jangan lupa untuk membaca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian terima kasih.